in

Abang Johari Akan Membuat Pengumuman Penting Pada 6 Mac

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan membuat satu pengumuman penting pada 6 Mac mengenai hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Menurut laporan The Star, Datuk Patinggi Abang Johari berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk mengembalikan hak tersebut kepada negeri Sarawak.

“Saya ingin mengumumkan sesuatu pada 6 Mac yang akan membawa manfaat kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap di “United Night” yang dianjurkan untuk sambutan Chap Goh Mei pada 2 Mac lalu di Sibu.

Abang Johari berkata beliau memilih tarikh pengumuman pada 6 Mac kerana beliau merupakan Ketua Menteri yang keenam.

Tanpa menghuraikan lebih lanjut hak yang akan dikembalikan kepada Sarawak, Abang Johari berkata hak tersebut akan mengukuhkan lagi negeri dari segi kewangan.

 

 

 

Facebook Comments
Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching

Ini Event Dan Aktiviti Menarik Di Kuching Sepanjang Bulan Mac 2018

Senarai Vacancy dari 60 Buah Syarikat Sempena SCaTFAIR 2018