fbpx
Our Local Story

8 Rakyat Sarawak Ditipu Kerja Di Afrika Akan Pulang Ke Malaysia Esok

8 Rakyat Sarawak Ditipu Kerja Di Afrika Akan Pulang Ke Malaysia Esok
1.3K Shares

8 Rakyat Sarawak Ditipu Kerja Di Afrika Akan Pulang Ke Malaysia Esok

Lapan rakyat Sarawak yang terkandas di Liberia, Afrika, sejak 4 Februari lalu selepas ditipu oleh satu sindiket pekerjaan akan pulang ke Malaysia esok.

Kesemua mereka akan dihantar pulang ke tanah air esok, diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Saiffuddin Abdullah, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol, Utusan Borneo melaporkan.

“Saya bersama Mordi dan Saiffuddin akan menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok,” kata Dr Yii ketika dihubungi media.

Dr Yii berkata maklumat lanjut mengenai kes tersebut akan didedahkan esok, dalam sidang media yang dijangka diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 8.30 malam bersempena ketibaan kelapan-lapan anak Sarawak itu.

Kes ini merupakan kejadian kedua tahun ini yang membabitkan rakyat Sarawak yang ditipu pekerjaan di luar negara.

Dalam insiden pertama, 47 warga Malaysia telah dibebaskan dari sebuah penjara di Kemboja akibat ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan. 43 daripada 47 orang mangsa terdiri daripada rakyat Sarawak.

Dalam kes tersebut, seorang mangsa dari Sarawak telah dijanjikan peluang pekerjaan dengan bayaran lumayan sehingga US$1,500 (lebih RM6,000).

Baca artikel kami mengenai kes rakyat Sarawak ditipu sindiket di Kemboja sini: 47 Rakyat Malaysia Yang Ditipu Agen Pekerjaan Dibebaskan Dari Penjara Kemboja


1.3K Shares
Related posts
Our Local Story

Catat 38 Kes, Status Wabak Denggi Di Jalan Ajibah Abol Kini Tidak Terkawal

Our Local Story

Sukakan Doraemon?The First Doraemon Event In Kuching Menanti Anda

Our Local Story

Diskaun Sehingga 50% Saman Trafik Di Kubah Ria, 29 Mei 2019 ini

Our Local Story

Sarawak Lancarkan Loji Dan Stesen Hidrogen Pertama Di Asia Tenggara

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami