Our Local Story

6 Pemimpin Politik Sarawak Sertai PKR

6 Pemimpin Politik Sarawak Sertai PKR

6 Pemimpin Politik Sarawak Sertai PKR

Seramai 6 pemimpin politik Sarawak termasuk 2 anggota Parlimen Bebas yang memenangi kerusi dalam PRU-14 telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

2 anggota Parlimen Bebas tersebut ialah Larry Sng Wei Shien (Julau) dan Jugah Muyang (Lubok Antu).

Turut menyertai PKR ialah bekas timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Manakala 3 yang lain ialah Datuk Sylvester Entri Muran, Robert Lingga Mangge dan H. Khoo.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Wanita PKR, yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin setelah secara rasmi menerima borang keahlian mereka yang ditunjukkan kepada pemberita di Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka termasuk 2 Anggota Parlimen Bebas secara rasmi sertai PKR dan telah menyerahkan borang keahlian,” katanya di sidang media yang turut dihadiri oleh 6 pemimpin politik itu.

“Akan ada lagi pemimpin parti lain yang akan menyertai kita,” kata Zuraida.

Keputusan PRU-14 pada Rabu lalu menyaksikan PKR memenangi 4 kerusi parlimen di Sarawak iaitu Miri, Selangau, Saratok dan Puncak Borneo.

Penyertaan anggota Lubok Antu dan Julau menjadikan jumlah kerusi Parlimen PKR di Sarawak kepada 6 kerusi dan keseluruhan jumlah kerusi Parlimen PKR kepada 51 kerusi.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami