fbpx
More

    6 Kes Rogol Bawah Umur Yang Berlaku Di Sarawak Tahun Ini, Dan Ianya Perlu Dipandang Serius

    6 Kes Rogol Bawah Umur Yang Berlaku Di Sarawak Tahun Ini, Dan Ianya Perlu Dipandang Serius

    Baru baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes rogol bawah umur dan antara kes yang paling teruk adalah kes gadis 19 tahun yang dirogol oleh keluarga kandung beliau sendiri.

    Dalam artikel ini, kami ulang kembali 6 kes rogol bawah umur yang berlaku di Sarawak tahun ini, dan ianya perlu dipandang serius.

    Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, dianggarkan 80% kes mangsa rogol yang berlaku sejak dua tahun lepas adalah mereka di bawah umur.

    1. Abang Kandung Merogol Adik Berusia 17 tahun Sehingga Melahirkan Anak


    Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai merogol adik perempuannya sendiri sehingga melahirkan seorang bayi, kelmarin.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, mangsa melahirkan anaknya di dalam sebuah kereta.

    “Kes ini menjadi pengetahuan umum apabila mangsa berusia 17 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Sri Aman setelah bersalin.

    “Hasil maklumat diperolehi daripada mangsa, didapati remaja terbabit menjadi mangsa nafsu buas abang kandungnya sendiri yang melakukan perbuatan terkutuk itu pada April tahun lalu di sebuah sekolah dekat Pusa, Betong.

    “Pada mulanya, mangsa berusaha menyembunyikan perkara itu sehingga mangsa melahirkan anak di dalam kereta,” katanya di sini, semalam.

    Berikutan itu, polis bertindak menangkap abang kandung mangsa berusia 35 tahun di sebuah rumah di Debak pada jam 6.40 petang kelmarin.

    Abang mangsa kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

    2. ‘Love Bite’ Ungkai Kisah Rogol Gadis Bawah Umur

    Laporan asal dari Utusan Borneo

    Kesan kucupan ‘love bite’ pada leher seorang budak perempuan bawah umur merungkai segala-galanya petang Ahad lalu.

    Ibu mangsa, 36, curiga dengan tanda kemerah-merahan yang jelas kelihatan itu, lantas memujuk anaknya berusia 13 tahun terbabit untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya.

    Selepas didesak, mangsa yang tidak bersekolah lagi mengaku kepada ibunya bahawa dia telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki, 31, di sebuah kilang bata dekat sini sehari sebelumnya.

    Justeru, satu laporan polis dibuat ibu mangsa di Balai Polis Sibu Jaya dekat sini sekitar jam 1 petang, Isnin lepas.

    Bertindak atas maklumat, pasukan polis D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu diketuai oleh Inspektor Hairul Hussin bersama anggotanya melancarkan serbuan ke sebuah rumah panjang di Julau dan berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Iban sekitar jam 3 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah memberitahu, usaha pasukan polis D7 di sini menjejaki suspek selama dua hari dua malam ternyata membuahkan hasil dengan tertangkapnya suspek.

    6 Kes Rogol Bawah Umur Yang Berlaku Di Sarawak Tahun Ini, Dan Ianya Perlu Dipandang Serius

    “Seorang suspek lelaki membabitkan mangsa, seorang perempuan berusia 13 tahun, yang dijejaki polis selama dua hari dua malam akhirnya tertangkap petang tadi (semalam),” katanya mengesahkan kes tersebut.

    Menurut Saiful, suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian dipercayai takut ditangkap oleh pihak polis.

    “Suspek telah bersembunyi selama beberapa hari sebelum kembali ke rumah,” katanya.

    Menurutnya lagi, siasatan awal pihaknya mendapati suspek mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa semasa kejadian.

    Suspek dipercayai mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu semasa mangsa berada dalam keadaan mabuk.

    Saiful menambah, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

    “Suspek akan direman untuk tindakan lanjut esok (hari ini),” katanya

    3. PADAH SEKS SUKA SAMA SUKA, ANGGOTA TUDM BERDEPAN TUDUHAN ROGOL BAWAH UMUR

    Polis Kuching menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata penahanan itu dilakukan berdasarkan laporan seorang suri rumah yang merupakan ibu mangsa pada Sabtu lalu.

    Menurutnya, sebelum itu pengadu telah menerima mesej yang memaparkan gambar bogel mangsa bersama seorang lelaki tidak dikenali.

    “Ketika ditanya ibunya, mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah bilik hotel di Jalan Abell pada 1 September tahun lalu sekitar jam 3 pagi,” katanya.

    Abang Ahmad berkata ketika kejadian mangsa dan suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol selepas pulang dari pusat hiburan.

    Hasil siasatan, katanya mangsa mengaku telah dirogol oleh suspek yang bertugas di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching.

    Mangsa berdarah kacukan Melayu-Pakistan itu kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

    “Pemeriksaan oleh doktor pakar sakit puan di Hospital Umum Sarawak (HUS) mendapati terdapat kesan koyakan lama di bahagian alat sulit mangsa.

    “Sehubungan itu, bertindak atas laporan ini, sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching telah berjaya menahan suspek yang berasal dari Sabah semalam kira-kira jam 2 petang,” katanya.

    Menurut Abang Ahmad, kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol terhadap gadis bawah umur.

    Sumber : TV14.my

    4. Rogol Gadis 19 Tahun: Bapa, Datuk, 2 Pak Cik Ditahan

    Polis menahan empat lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur 19 tahun yang mendakwa dirogol oleh datuk, bapa kandung, dan dua bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun, di Kampung Daha Seroban, Serian, kira-kira 50km dari sini hari ini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata polis pada mulanya menerima laporan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 2.30 petang.

    Beliau berkata hasil temu bual awal, gadis itu mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh empat orang lelaki iaitu bapa, datuk dan dua bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.

    “Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol sejak berumur sembilan tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

    Menurutnya susulan siasatan awal, polis menahan empat suspek berumur antara 26 dan 57 tahun di Kampung Daha Seroban, Serian pada kira-kira pukul 3.30 petang.

    Dev berkata suspek yang merupakan bapa kandung, datuk dan bapa saudara gadis itu tinggal serumah, dan semua mereka bekerja sebagai petani.

    Gadis dan adiknya itu tidak bersekolah.

    “Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram. Kesemua empat suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Serian pagi esok untuk permohonan reman,” katanya. – BERNAMA

    5. Sekali lagi berlaku kes rogol di Sarawak, kali ini melibatkan budak perempuan berumur 9 tahun di Limbang

    Kejadian dikatakan berlaku di sebuah ladang di Kampung Palas. Seorang ibu terkejut bila melihat anak perempuannya yang berusia 9 tahun ditindih oleh seorang budak lelaki yang hampir sebaya umur dengan anaknya.

    Menurut ibu mangsa, dia terkejut melihat anaknya ditindih yang dalam keadaan telanjang dan segera menarik tangan anaknya. Selepas itu dia melihat ada cecair keluar dari kemaluan anaknya itu.

    Rentetan daripada kejadian, satu laporan polis telah pun dibuat oleh ibu mangsa dan 2 suspek kanak-kanak lelaki masing berusia 10 dan 11 tahun telah dibawa ke balai polis untuk disiasat.

    Setakat ini kes disiasat sebagai kes rogol dibawah seksyen 376 kanun keseksaan.

    6. Rogol pelajar dalam kereta, guru usia 51 tahun direman

    6 Kes Rogol Bawah Umur Yang Berlaku Di Sarawak Tahun Ini, Dan Ianya Perlu Dipandang Serius

    Seorang guru berusia 51 tahun ditahan kerana disyaki merogol pelajarnya dalam kereta sebanyak dua kali.

    Guru tersebut melakukan demikian terhadap pelajar berusia 14 tahun di kawasan terpencil di Siburan, lapor Berita Harian.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak berkata mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru kaunseling yang kemudian memaklumkan ibu mangsa.

    Datuk Dev Kumar berkata kereta suspek dirampas untuk pemeriksaan forensik selepas laporan dibuat di balai polis Siburan jam 5 petang semalam.

    Suspek hari ini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

    Sumber : The Malay Mail

     

     

     

    Artikel Berkaitan