Our Local Story

5 Teras Perjanjian Baru Yang Ditawarkan Pakatan Harapan Untuk Sarawak Dan Mengapa Kami Rasa Ianya Tidak Cukup Menarik

5 Teras Perjanjian Baru Yang Ditawarkan Pakatan Harapan Untuk Sarawak Dan Mengapa Kami Rasa Ianya Tidak Cukup Menarik

Sempena lawatan pertama Tun Dr Mahathir ke Kuching pada hari Ahad yang lepas, Pakatan Harapan mengumumkan 5 Teras Perjanjian Baru yang ditawarkan mereka untuk Sarawak. Pengumuman tersebut dilakukan oleh Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen.

5 Teras Perjanjian Baru Tersebut Adalah Seperti Berikut : 

1. Hak Kerajaan Wilayah

5 Teras Perjanjian Baru Yang Ditawarkan Pakatan Harapan Untuk Sarawak Dan Mengapa Kami Rasa Ianya Tidak Cukup Menarik

2. Hak Petroleum dan Hasil yang adil

3. Hak Pembangunan Insfrastruktur Asas dan Tanah Saksama

5 Teras Perjanjian Baru Yang Ditawarkan Pakatan Harapan Untuk Sarawak Dan Mengapa Kami Rasa Ianya Tidak Cukup Menarik

Gambar : Serina Balang

 

4. Hak pendidikan berkualiti

5 Teras Perjanjian Baru Yang Ditawarkan Pakatan Harapan Untuk Sarawak Dan Mengapa Kami Rasa Ianya Tidak Cukup Menarik

5. Hak Pembangunan Ekonomi Saksama dan Pengupayaan Anak Muda, Wanita dan Golongan Minoriti

Tahukah Anda, Maybach S500 Adalah Kereta Rasmi Baru CM Sarawak ? Ini Spesifikasi Kereta Tersebut

Sumber : twitter.com/datukhensem

“Lima teras ini kami jamin melalui reformasi struktural dan tatakelola baik berpaksikan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan,” Chong Chieng Jen – Pengerusi DAP Sarawak.

Kenapa Ianya Tidak Cukup Menarik?

Seperti tawaran tawaran sebelum ini, tawaran kepada Sarawak adalah sangat general dan seolah olah tiada kajian polisi yang dilakukan. 5 tawaran mereka kali ini juga hanya menyentuh 5 perkara general dan tidak menekankan polisi polisi alternatif.

Kerajaan sedia ada kini (walaupun lambat dan macam sikda bunyi jak), masih berusaha untuk menuntut royalti 20%, baru sahaja menubuhkan Petroleum Sarawak Berhad, telah menubuhkan tribunal khas untuk kes tanah NCR, telah menubuhkan Kementerian Pendidikan Sarawak dan juga melakukan pelbagai usaha berkaitan dengan pemberdayaan (empowerment).

Jadi, secara teorinya, 5 tawaran baru oleh Pakatan Harapan ini tidaklah sesuatu yang baru untuk kita. Ianya adalah isu isu populis yang sedang cuba dilakukan dan masih belum menunjukkan impak.

Jika kita bandingkan menifesto dan tawaran tawaran yang ditawarkan oleh parti politik di negara maju, mereka lebih memfokuskan pada :

  • Menambah baik polisi sedia ada
  • Polisi alternatif, jika polisi sedia ada sudah tidak relevan
  • Masa depan, bukan sekadar isu popular.
  • Perancangan mendalam sekiranya diberi kuasa untuk memerintah

Jika anda hadir ke ceramah ceramah politik yang diadakan oleh Pakatan Harapan, ianya adalah isu isu lama yang sentiasa diulang kembali. Tidak salah sekiranya diulang kembali, tetapi secara logiknya adalah lebih penting untuk rakyat mengetahui perancangan atau alternatif yang ditawarkan supaya rakyat boleh melakukan perbezaan.

Contoh mudah politik matang yang lebih masuk akal (contohnya) adalah Pakatan Harapan perlu memberi satu blueprint yang jelas, perancangan mereka untuk Sarawak. Perancangan tersebut harus disertakan dengan fakta yang logik, dan kajian. Isu yang patut ditekankan pula haruslah inklusif dan mengutamakan pemberdayaan seperti : (contoh)

  • Perancangan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat
  • Struktur pembahagian biasiswa, polisi yang berkaitan dengan pendidikan
  • Step by step, cara untuk mendapatkan kembali hak royalti minyak beserta dengan JAMINAN

Jika pihak Pakatan Harapan ingin menjadi satu alternatif kepada kerajan sedia ada, mereka sepatutnya menyediakan satu pelan yang lengkap dan mudah untuk difahami oleh rakyat.

Dengan jumlah golongan terpelajar yang semakin bertambah, tidak mudah untuk meyakini golongan atas pagar, atau golongan yang tidak sudi untuk mengundi.

Atau, mungkin cuba ubah organisasi sendiri sebelum cuba mengubah orang lain?

 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami