Our Local Story

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

BorneoDictionary.com adalah sebuah kamus atas talian yang diusahakan oleh James Graham dan juga Almalyn Ayok.  Kamus ini merupakan satu kamus interaktif dimana terdapat fungsi suara dan juga fungsi untuk anda berkongsi maksud perkataan tertentu ke laman sosial seperti Facebook dan juga Twitter.

James Graham merupakan pengasas laman sejarah terbesar dan paling tepat di dunia, onthisday.com yang meluangkan kebanyakan masa beliau di Sarawak semenjak 2 tahun lepas.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

Pengasas bersama Borneo Dictionary dan Editor untuk Onthisday.com, Almalyn Ayok pula merupakan proud Sarawakian yang berasal dari Padawan.

Borneodictionary.com ini diusahakan oleh mereka berdua sejak beberapa bulan yang lepas sebagai projek not for profit. 

 

Terdapat 5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome.

1. Memudahkan proses pembelajaran bahasa/dialek kaum lain di Borneo

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai dialek dan bahasa di Sarawak kerana taburan kaum yang pelbagai, oleh itu mempunyai kebolehan untuk bertutur dialek yang lain adalah satu kelebihan.

Setakat ini terdapat 7 dialek/bahasa yang dimuatnaik ke Borneo Dictionary iaitu :

  • Bidayuh Bau
  • Bidayuh Biatah
  • Bidayuh Serian
  • Melayu Sarawak
  • Iban
  • Kelabit
  • Rungus

Jika anda perlukan alih bahasa untuk 7 dialek/bahasa ini, anda boleh lakukan perkara tersebut dengan menggunakan Borneo Dictionary.

2. Terdapat di atas talian dan mudah diakses melalui telefon bimbit tanpa memuat turun aplikasi

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

Untuk mula menggunakan kamus ini, anda hanya perlu ke borneodictionary.com (klik untuk cuba) . Hanya dengan menggunakan browser sedia ada, anda sudah boleh mengakses Borneo Dictionary tanpa perlu memuat turun aplikasi yang akhirnya menggunakan ruang simpanan dan juga data yang banyak untuk muat turun.

Anda boleh gunakan borneo dictionary ini dengan menggunakan desktop, laptop mahupun apa apa jenis smartphone, as long as ada internet. 

3. Mempunyai fungsi suara untuk perkataan perkataan tertentu.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

Dengan fungsi dan database yang semakin bertambah dari masa ke semasa, Borneo Dictionary juga mempunyai fungsi suara di mana pengguna boleh mendapatkan translation terus dari perkataan ke suara dengan intonasi bagaimana perkataan tersebut disebut.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

Borneo Dictionary juga mempunyai fungsi cadangan yang sangat interaktif. Seperti gambar di atas, jika anda menaip ‘kamek’, maka cadangan perkataan perkataan yang lain berkaitan dengan ‘kamek’ akan keluar untuk memudahkan anda.

 

4. Masa loading yang pantas, kurang dari 2 saat.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

Kemampuan untuk load dengan pantas merupakan satu faktor yang penting untuk memudahkan pengguna menggunakan sesuatu platform. Borneo Dictionary memerlukan kurang dari 2 saat untuk load. Mudah dan pantas untuk anda gunakan sekiranya anda perlukan muat alih dialek/bahasa untuk masa yang singkat.

5. Anda juga boleh sumbangkan pengetahuan anda untuk menambah baik Borneo Dictionary

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary Ini Sangat Awesome

Sekiranya anda ingin membantu projek not for profit ini, anda boleh hubungi Borneo Dictionary di alamat email : borneodictionary@gmail.com

Anda juga boleh menghubungi mereka di laman facebook : Borneo Dictionary

Untuk menggunakan Kamus Digital ini, anda boleh terus ke laman sesawang mereka : Borneodictionary.com

Baca juga : Anak Sarawak Hasilkan Tongkat Pintar Yang Pertama Di Asia Tenggara

 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami