in

5 Legasi Peninggalan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem

CM
CM
credit to mark jinmin

Didedikasikan untuk Allahyarham Tan Sri Adenan Satem ( 27 Januari 1944 – 11 Januari 2017 ) – Meninggal dunia ketika berusia 72 tahun.

  1. Menuntut royalti minyak dan gas sarawak dinaikkan kepada 20%
CM
photo credit to mark jinmin

Dipetik dari Borneo Post pada 19 Mei 2016 :

” Beliau berkata kadar royalti minyak dan gas yang dibayar Petronas perlu ditambah kerana peruntukan pembangunan daripada kerajaan pusat kepada Sarawak selama ini masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan pembangunan di negeri ini.

Ujarnya, Sarawak memerlukan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk memastikan projek-projek pembangunan dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan  Pelan Transformasi Sosioekonomi (SETP) dilaksana dengan jayanya.

“Dalam hal ini, Sarawak juga perlu memaksimumkan manfaat yang boleh diperoleh daripada sumber-sumber aslinya lebih-lebih lagi minyak dan gas.

“Oleh sebab itu, kita (Sarawak) meminta agar royalti minyak dan gas daripada Petronas dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus. Rundingan ini akan diteruskan sehingga penyelesaian dicapai,” katanya.

Adenan memberitahu, buat sementara waktu, kerajaan negeri berbincang dengan Petronas bagi menentukan cara syarikat minyak negara itu dapat menyumbang lebih banyak kepada pembangunan Sarawak. ”

2. Memerangi pembalak haram

CM
photo credit to mark jinmin

Ucapan Tan Sri Adenan Satem ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Jabatan Hutan Sarawak pada 2 Januari 2015.

“Mulai kini, semua kilang papan yang beroperasi perlu menghantar laporan bulanan mereka mengenai pembelian balak daripada semua sumber.

“Selain itu, mereka juga perlu memaklumkan kepada Jabatan Hutan dan pihak berwajib yang relevan mengenai laluan balak dari proses menebang, eksport dan pemprosesannya,”

“Kita tahu terdapat pemberi maklumat dalam Jabatan Hutan dan SFC yang menjadi tonto kepada mereka yang membeli dan menjual kayu balak haram.

“Kita akan cuba mengenal pasti mereka dan mendakwa mereka dan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan jika ada antara pegawai yang mencurigakan,”

3. Menurunkan takrif elektrik di Sarawak

CM
photo credit to mark jinmin

Mulai Januari 2015, takrif elektrik di Sarawak diturunkan sebanyak 20% – 40% untuk pengguna.

Hampir 60,000 pengguna akan menyertai 70,000 pengguna yang sedia layak menikmati subsidi RM20 kerajaan persekutuan.

“Ini bermakna kira-kira 130,000 pengguna berpendapatan rendah akan menerima bil (elektrik) bulanan sifar (tidak perlu membayar),” katanya mengumumkan keputusan tersebut pada ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada November 2014

4. Menghapuskan tol di Sarawak

cm
photo credit to Mark Jinmin

Bagi meringankan beban rakyat Sarawak, Adenan mengambil keputusan untuk menghapuskan tol-tol yang ada di negeri itu. Pada penghujung 2015, tol terakhir iaitu Jambatan Tun Salahuddin telah dihapuskan.

Tambah allahyarham lagi, Lebuh Raya Pan Borneo nanti juga tidak dikenakan sebarang tol kerana kerajaan negeri mahu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Sebelum ini tol Lanang Sibu telah dimansuhkan pada Mei lepas diikuti tol Jambatan ASEAN Baram yang dimansuhkan pada Jun 2015.

5. Menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Sarawak

CM
photo credit to Mark Jinmin

“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo pada November 2015.

Secara keseluruhannya, terdapat 43 keputusan menyebelahi rakyat yang telah dilakukan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem semenjak menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Al – Fatihah, anda akan sentiasa dirindui Tok Nan.

#theadenanway

narmi

Narmi Live in Kuching – 4th February 2017

Abang Jo

Kenali Abang Jo, Ketua Menteri Sarawak yang KEENAM