Our Local Story

5 Laluan MASwings yang akan dikurangkan mulai 20 Februari 2017

gawai

5 Laluan MASwings yang akan dikurangkan mulai 20 Februari 2017

Menurut kenyataan media dari MASwings , mereka akan mengurangkan jumlah penerbangan untuk beberapa laluan untuk tujuan penyelenggaraan pesawat ATR-72 mereka. 8 buah pesawat akan melalui proses Heavy Maintenance Visit (HMV) yang merupakan kewajipan bagi memastikan pesawat mereka berada dalam kondisi yang terbaik.

A

Laluan-laluan yang mengalami kekurangan penerbangan adalah :

  • Kinabalu-Lahad Datu (35X ke 28X)
  • Kota Kinabalu-Sandakan (28X ke 21X)
  • Miri-Limbang (21X ke 14X)
  • Kota Kinabalu-Miri (28X ke 21X)
  • Miri-Labuan (35X ke 28X)

* X : kali penerbangan seminggu.

MASwings juga menyatakan bahawa proses penyelenggaraan ini adalah penting untuk masa hadapan bagi memastikan pesawat tiba pada masa yang sepatutnya dan juga menambah keyakinan pengguna untuk terbang bersama MASwings.

MASwings juga telah memulakan operasi untuk menjadualkan kembali penumpang yang bakal terjejas. Mereka ditawarkan untuk menukar tarikh perjalanan secara percuma atau boleh mendapatkan full refund di pejabat MASwings/Malaysia Airlines.

Bagi mereka yang terjejas anda boleh menghubungi talian bebas tol mereka : 1300 88 3000

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami