fbpx
Our Local Story

5.1kg Syabu Dirampas, Petani Ditangkap Dan Disyaki Pengedar

Disyaki pengedar di hadapan pintu pagar utama Pejabat Daerah Tebedu

5.1kg Syabu Dirampas, Petani Ditangkap Dan Disyaki Pengedar. Terkini, dilaporkan seorang petani ditahan atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu.

Sekitar 5.1 kilogram (kg) dadah jenis syabu turut dirampas sekali apabila suspek ditahan ketika mengambil bungkusan di sebuah pejabat kurier.

5.1kg Syabu Dirampas, Petani Ditangkap Dan Disyaki Pengedar
5.1kg Syabu Dirampas, Petani Ditangkap Dan Disyaki Pengedar

Dipercayai untuk diedar ke penduduk tempatan

Menurut laporan, suspek adalah seorang petani berusia 50 tahun dan ditangkap sekitar jam 3pm oleh sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Serian yang dibantu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJ).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata suspek ditangkap ketika mengambil bungkusan yang dihantar melalui kurier dari Johor ke lokasi.

“Suspek ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan kami yakin dadah ini akan diedarkan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Turut dirampas adalah 2 kotak yang mengandungi dadah. Setelah diperiksa, terdapat sebuah kotak hitam yang berisi dua paket di mana masing-masing mengandungi gumpalan kristal yang disyaki Methamphetamine dengan anggaran jumlah berat 2,000 gram.

Kotak lain turut mempunyai bungkusan dadah

Tambahnya lagi, pemeriksaan lanjut pada kotak lain mendapati 3 bungkusan gumpalan kristal disyaki Methamphetamine dengan berat keseluruhan sekitar 3,100 gram.

“Jumlah rampasan 5,100 gram dianggarkan bernilai RM201,000. Suspek yang ditangkap dibawa ke Daerah Polis Serian untuk siasatan lanjut,” ujarnya lagi.

Suspek akan direman selama 7 hari dari 11 September untuk siasatan lanjut. Selain itu, ujian kencing yang dilakukan terhadap suspek kembali negatif.

Turut dirampas juga adalah wang tunai RM14,000, sebuah kereta dan motosikal yang bernilai sekitar RM49,000 secara keseluruhan.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 15 sebatan jika disabit kesalahan.

5.1kg Syabu Dirampas, Petani Ditangkap Dan Disyaki Pengedar

Lagi di sini:

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button