Our Local Story

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak – Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak – Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu 

Awal minggu ini, Sarawak Economic Development Corporation telah menandatangani MOU bersama Beijing Glory International Culture Development Co Ltd (Beijing Glory). Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Zohari Tun Openg di Nou Hotel.

Difahamkan juga menurut laporan dari The Borneo Post di SINI , Beijing Glory International Culture Development Co Ltd (Beijing Glory) adalah ” international Chinese tourism development company “.  Teruja dengan berita tersebut kami terus ke enjin carian Google untuk mencari maklumat mengenai syarikat tersebut.

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak - Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu

Malangnya tiada maklumat kukuh yang kami dapat perolehi mengenai Beijing Glory International Culture Development Co Ltd (Beijing Glory). Hanya terdapat berita mengenai MOU – MOU mereka dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Dari Bloomberg pula, ianya satu page kosong tanpa apa-apa maklumat, cuma nama syarikat tersebut. Tidak berpuas hati dengan google, ( maklumlah google diharamkan di China ) maka kami menggunakan laman carian China iaitu baidu.

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak - Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu

Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat melalui baidu juga gagal. Jadi, kami simpulkan bahawa syarikat tersebut sangat ‘hebat‘ kerana tidak ada satu pun internet trail yang boleh dijumpai.

Melalui MOU yang ditandatangani Beijing Glory International Culture Development Co Ltd (Beijing Glory) dan SEDC Sarawak, ini 4 perkara yang kita perlu tahu.

  1. China Express Airline akan menjadikan Sarawak sebagai Hub Asia Tenggara Mereka.

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak - Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu

China Express Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai 26 pesawat CRJ900. CRJ900 hanya boleh terbang sekitar 2500km tanpa henti dan membawa 76 – 90 orang penumpang. Menariknya, ‘ mungkin ‘ dengan menjadikan Kuching sebagai hub, mereka akan membeli kapal terbang lain yang lebih besar seperti Airbus A320Neo misalnya.

2. Beijing Glory Akan Menguruskan Damai Puri Dan Grand Margherita

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak - Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu

Oleh kerana Beijing Glory International Culture Development Co Ltd (Beijing Glory) adalah ” international Chinese tourism development company ” , mungkin mereka mempunyai kepakaran untuk menarik pelancong dari China, Jepun dan juga korea.

Beijing Glory International Culture Development Co Ltd (Beijing Glory) adalah " international Chinese tourism development company "

Steady lah. Banyak la sunbae sunbae datang Kuching kelak nak?

3. Beijing Glory Akan Mengambil Alih Pengurusan Untuk Taman Negara Mulu & Bako National Park

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak - Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu

 

Lagi sekali, oleh kerana Beijing Glory International Culture Development Co Ltd (Beijing Glory) adalah ” international Chinese tourism development company ” maka mungkin kepakaran mereka adalah sangat hebat dan tidak mengapa sekiranya kita memberikan mereka peluang untuk menguruskan Taman Negara Kita.

4. Rebranding Sarawak Plaza 

4 Perkara Mengenai MOU Sarawak - Syarikat Dari China Yang Kita Perlu Tahu

Akhirnya, Sarawak Plaza yang kian suram ( nei ndak, shopping mall ngarei seranto ranto Kuching kinek ) akan melalu fasa rebranding . Bagaimana proses rebranding tersebut? Kita tunggu dan lihat.

Jadi 4 perkara di atas adalah isi kandungan MOU yang ditandatangani oleh SEDC dan Beijing Glory. Bawa bertenang kerana ianya hanya MOU. Kita harapkan sekiranya 4 point tersebut menjadi, ianya akan memberi manfaat positif kepada rakyat Sarawak secara khasnya.

Jadi apa pendapat anda? Jangan lupa tinggalkan komen di bawah!

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami