Our Local Story

4 Buah Flyover Baru Akan Dibina Di Padawan

4 Buah Flyover Baru Akan Dibina Di Padawan

4 Buah Flyover Baru Akan Dibina Di Padawan

Batu 4, Batu 6, Batu 7 dan Batu 9. 4 lokasi ini telah dikenalpasti oleh Majlis Perbandaran Padawan untuk dibina Flyover bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kesemua projek tersebut adalah sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang sibuk dibina di seluruh negeri Sarawak. Ini ringkasan projek 4 buah flyover baru yang akan dibina di Padawan.

  • Projek flyover Batu 4 dan Batu 6 akan bermula pada bulan Jun
  • Projek flyover Batu 7 dan Batu 9 akan bermula pada bulan Ogos
  • Projek dijangka siap pada tahun 2020, 3 tahun dari sekarang
  • Soil study untuk projek projek tersebut telah dilakukan sejak dahulu lagi

4 Buah Flyover Baru Akan Dibina Di Padawan

Pembinaan flyover flyover tersebut dijangkakan akan mengurangkan kesesakan jalan raya di situ yang rata ratanya sangat perlahan pada waktu sesak, hanya kerana terlalu banyak lampu isyarat. Masa menunggu di setiap lampu isyarat kebiasaanya 4 minit dan ke atas.

Kesesakan jalan raya di kawasan tersebut mengakibatkan mereka yang tinggal di sekitar batu 12 untuk mengambil masa lebih daripada 1 jam untuk tiba di Bandaraya Kuching pada waktu sesak.

Diharap dengan pembinaan flyover flyover ini, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan mengurangkan beban kita semua.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami