Our Local Story

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

Bagi anda yang mencari pekerjaan di Sarawak, terdapat pelbagai cara untuk anda melihat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat syarikat di Sarawak. Selain dari mencari jawatan kosong di dalam surat khabar, anda juga boleh memanfaatkan penggunaan internet bagi mencari kerja. Internet yang dimaksudkan, bukanlah hanya menggunakan Facebook, terdapat beberapa portal atas talian yang anda boleh gunakan untuk mencari pekerjaan di Sarawak.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 3 portal untuk anda cari vacancy di Sarawak. Gabungan 3 portal mempunyai ribuan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat syarikat di dalam Negeri Sarawak. Jawatan yang ditawarkan juga tidak terhad pada mereka yang memiliki sijil ijazah, terdapat banyak juga jawatan di mana anda hanya perlukan skill dan juga pengalaman bekerja.

  1. Jobstreet

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

Jobstreet adalah portal paling popular di Malaysia untuk anda mencari pekerjaan. Terdapat puluhan ribu pekerjaan yang ditawarkan di portal tersebut di mana anda perlu berusaha sedikit dengan menyediakan CV secara digital dan muatnaik ke dalam portal tersebut.

Berdasarkan semakan kami, terdapat lebih daripada 400 pekerjaan di Sarawak yang ditawarkan melalui portal Jobstreet.

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

Anda juga boleh rujuk video di bawah ini untuk melihat cara untuk menulis CV yang berkesan.

2. Jobstock

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

Jobstock adalah portal yang berpusat di Kuching, Sarawak. Berdasarkan semakan kami di portal tersebut, terdapat ratusan kerja yang ditawarkan di Sarawak oleh syarikat syarikat tempatan. Seperti mana Jobstreet, anda harus berusaha sedikit dengan menyediakan CV digital untuk dimuatnaik ke portal tersebut.

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

Selain itu, jobstock juga mempunyai Graduate Enhancement Training Sarawak Program dimana mereka bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyertai On-The-Job training di Sarawak.

3. SarawakJobs

3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak

Sarawak Jobs juga merupakan portal yang berpusat di Kuching. Melalui semakan kami tadi, terdapat ratusan jawatan kosong di Sarawak yang ditawarkan di dalam portal ini. Menariknya, mereka ada tawarkan maklumat maklumat yang penting Sarawak Salary Report.

Anda boleh semak Sarawak Salary Report di pautan ini : Sarawak Salary Report 

Dalam 3 Portal Untuk Anda Cari Kerja Kosong Di Sarawak ini terdapat ribuan jawatan kosong menanti anda. Pastikan anda memberi usaha yang lebih dalam menjadikan diri anda lebih employable. Anda juga boleh rujuk video di bawah untuk cara menulis successful CV.

p/s : Lapar dan ingin food hunting di Kuching? Semak pautan ini : Koleksi Place To Eat in Kuching 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami