in

3 Jalan Utama Yang Akan Ditutup Sempena Sambutan Tahun Baru Di Kuching

Orang ramai disarankan untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta bertingkat yang berdekatan

3 Jalan Utama Yang Akan Ditutup Sempena Sambutan Tahun Baru Di Kuching

3 Jalan Utama Yang Akan Ditutup Sempena Sambutan Tahun Baru Di Kuching

Tahun ini, sambutan perayaan tahun baru akan diadakan di Waterfront Kuching dan dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan ramai lagi VIP yang lain.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching tadi, 3 jalan utama akan ditutup bagi memastikan majlis sambutan tahun baru di Kuching berjalan lancar. Menurut siaran media tersebut juga, keperluan penutupan dan lencongan jalan ini bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian arah trafik oleh pegawai trafik bertugas agar ianya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain untuk melakukan aktiviti harian.

3 Jalan Utama Yang Akan Ditutup Sempena Sambutan Tahun Baru Di Kuching
Gambar : Skyscrapper City

Tiga jalan raya utama yang akan ditutup adalah seperti berikut :

  1. Jalan Market menuju ke Jalan Gambier
  2. Jalan Lebuh Java / Jalan Gambier
  3. Jalan Main Bazaar

Tarikh penutupan dan masa penutupan pula adalah seperti di bawah :

Tarikh Penutupan Jalan : 31 Disember 2017

Masa Penutupan : Bermula jam 3.30 petang sehingga majlis selesai

Sepanjang program berlansung, pemantauan lalulintas juga akan dilakukan dengan pegawai polis trafik bagi memastikan tiada kenderaan yang meletak kenderaan dengan sewenang-wenangnya sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain berhampiran dengan venue sambutan.

Tindakan penguatkuasaan trafik akan diambil kepada pengguna jalan raya yang mempunyai perlakuan seperti yang dinyatakan.

Bagi anda yang ingin menghadiri dan menyaksikan program ini, anda dinasihatkan untuk meletak kenderaan anda di tempat letak kereta bertingkat di sekitar venue.

Baca juga : Penerbangan Pertama Dari Shenzhen China Selamat Tiba Di Kuching

 

Kalendar Cuti Panjang Untuk Tahun 2018 Di Sarawak

Kalendar Cuti Panjang Untuk Tahun 2018 Di Sarawak

Cukai Kenderaan Lebih Murah Di Sabah Dan Sarawak - Ini Adalah Sebab Mengapa

Cukai Kenderaan Lebih Murah Di Sabah Dan Sarawak – Ini Adalah Sebab Mengapa