Our Local Story

2 Orang Ahli Perniagaan Ditembak Mati Di Sibu Ketika Makan Tengah Hari

2 Orang Ahli Perniagaan Ditembak Mati Di Sibu Ketika Makan Tengah Hari

2 Orang Ahli Perniagaan Ditembak Mati Di Sibu Ketika Makan Tengah Hari

Tengah hari tadi, Sarawak dikejutkan lagi dengan kes 2 orang ahli perniagaan ditembak mati di Sibu ketika makan tengah hari.

2 Orang Ahli Perniagaan Ditembak Mati Di Sibu Ketika Makan Tengah Hari

Menurut laporan berita harian :

” Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata mangsa berumur 47 dan 21 tahun.

Katanya, kedua-dua mangsa yang sedang makan dengan seorang wanita warga China tiba-tiba didatangi seorang lelaki

“Suspek terus melepaskan empat das tembakan ke arah kedua-dua mangsa menggunakan pistol.

“Saksi di tempat kejadian iaitu pemilik kedai kopi, memberitahu suspek datang seorang diri memakai topi kaledar, berjaket warna merah lengan panjang dan dipercayai melepaskan tembakan dari jarak kira-kira lima meter.

2 Orang Ahli Perniagaan Ditembak Mati Di Sibu Ketika Makan Tengah Hari

“Selepas itu, suspek terus melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan berdekatan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Wanita warga China itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan ”

Dua orang mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lau, 47, dan Loh, 21

Lau yang lebih dikenali sebagai Ah Kang pernah terlibat dalam insiden tembakan pada tahun 2012 dan 2014 di mana isteri beliau pernah juga terkorban.

2 Orang Ahli Perniagaan Ditembak Mati Di Sibu Ketika Makan Tengah Hari

Difahamkan juga kawasan sekitar kejadian kini ditutup sementara untuk siasatan pihak polis.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami