Our Local Story

2 Lelaki Dari Sarawak Direman Berhubung Projek Solar Sekolah Di Pedalaman

2 Lelaki Dari Sarawak Direman Berhubung Projek Solar Sekolah Di Pedalaman

2 Lelaki Dari Sarawak Direman Berhubung Projek Solar Sekolah Di Pedalaman

2 lelaki termasuk Pengarah Urusan sebuah syarikat tempatan yang berpengkalan di Bintu telah direman selama 6 hari untuk membantu siasatan berkenaan kontrak projek solar hibrid untuk 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.

Portal Bernama melaporkan Majistret Shah Wira Abdul Halim telah mengeluarkan arahan reman terhadap pengarah urusan dan peguam syarikat tersebut bermula hari ini sehingga 2 Julai 2018 untuk membenarkan SPRM menjalankan siasatan.

Kes ini sedang disiasat di bawah seksyen 18(a) Akta SPRM 2009 kerana melakukan tuntutan palsu. Kedua dua individu yang ditahan memakai baju lokap SPRM ketika tiba di perkerangan mahkamah pada pukul 9.30 pagi.

Pada 11 Jun yang lepas, menter pendidikan yang baharu, Dr Maszlee Malik berkata kementerian pendidikan sudah memulakan siasatan dalaman bagi mengenalpasti individu yang terlibat di dalam ini.

Terdapat 369 buah sekolah di Sarawak yang tidak mempunyai bekalan elektrik kekal dan hanya menggunakan generator diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum ini, Ahli Parlimen HARAPAN dari Puncak Borneo iaitu Willie Mongin juga telah meluahkan rasa terkejut beliau dengan ketiadaan bekalan elektrik kekal di sebuah sekolah di kawasan beliau sedangkan terdapat gril elektrik berdekatan dengan sekolah tersebut : rujuk sini ( Power-less school shocks rep )

Bermula dari 1 Januari 2017, sebuah Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd dianugerahkan kontrak untuk membekalkan diesel ke semua 369 buah sekolah yang terlibat. Selain itu, mereka juga memasang sistem solar hibrid dan juga penyelenggaraan di semua sekolah yang terlibat.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami