Suspek yang ditahan polis dipercayai positif dadah dan juga Covid-19.
2 Dalam 1, Individu Positif Dadah Yang Ditangkap Polis Di Padawan Ini Juga Ternyata Positif COVID-19. Seorang suspek kes jenayah dadah yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan telah disahkan positif COVID-19.
Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, sambil mengatakan suspek lelaki terbabit telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IPD Padawan kini sedang berurusan dengan KKM
Tambah beliau lagi, IPD Padawan juga kini sedang berususan dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.
“Betul ada kes positif melibatkan seorang suspek yang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB). Buat masa ini, pihak IPD sedang berurusan dengan KKM untuk tindakan sanitasi dan mengesan kontak rapat suspek ini termasuk pegawai dan anggota polis,” kata beliau semasa dihubungi.
Selain itu, beilau juga menjelaskan bahawa semua anggota dan pegawai yang terlibat akan terus diarahkan membuat ujian saringan COVID-19.

Minggu lepas, dua tahanan polis juga turut disahkan positif COVID-19
Pada minggu lepas, kita telah digemparkan dengan kes dua tahanan polis dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching juga turut disahkan positif COVID-19.
Daripada kes tersebut tercetuslah satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Green yang mengambil sempena lokasi insiden pergaduhan pada 14 Feb membabitkan tahanan tersebut.