Our Local Story

2 Buaya Besar Ditangkap Meriahkan Cuti Panjang Di Sarawak

2 Buaya Besar Ditangkap Meriahkan Cuti Panjang Di Sarawak

Buaya ditangkap bukanlah satu senario yang pelik di Sarawak. Ditambah lagi dengan pelbagai kes mengancam nyawa manusia sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha dilakukan untuk mengekang haiwan ini daripada mengganas.

Pada tahun 2016, Sarawak Forestry Corporation melancarkan operasi khas menangkap buaya di Kampung Sungai Pinang, Kota Samarahan rentetan beberapa kes di kawasan tersebut. Hasil keseluruhannya, seekor buaya dewasa berjaya ditangkap melalui perangkap khas yang dipasang, dengan panjang reptilia itu mencecah 4.5 meter dan berat 600 kilogram.

Baru baru ini pula, 2 Buaya Besar Ditangkap Meriahkan Cuti Panjang Di Sarawak .

Kes yang pertama adalah di Saratok, iaitu pada hari raya Aidiladha : 

2 Buaya Besar Ditangkap Meriahkan Cuti Panjang Di Sarawak

Buaya ini seolah olah ‘menyerah diri’ pada pagi Aidilaha di Kampung Kaba, Sarawak. Menurut laporan Astro Awani :

“Sebelum ini, kehadirannya beberapa kali disedari penduduk, apabila merangkak di dalam parit berhampiran, hingga ke kawasan kediaman bagi memburu ternakan ayam dan kambing.

Seorang penduduk, Loboi Kim, 50, memberitahu, oleh kerana penduduk kampung bimbang akan ‘keberanian’ reptilia itu memasuki kejiranan mereka, maka mula memasang jerat termasuk jenis pancing.

“Namun usaha itu gagal dan sebanyak dua kali pancing dan jerat yang dipasang putus dan buaya tersebut berjaya lolos.

Bagaimanapun, sekitar jam 6 pagi tadi, penduduk gempar apabila akhirnya sang bedal tewas setelah tersangkut dan terperangkap pada jerat yang dipasang.

“Penduduk yang menyedari kehadiran buaya tersebut, segera menguruskan tangkapan tersebut dengan melakukan pasungan dan mengikatnya.

“Malah, kelompok penduduk dewasa yang sedang siap sedia untuk melaksanakan ibadah sembelihan korban terpaksa meluangkan masa lebih dua jam untuk mengikat buaya itu kerana ia meronta hendak melepaskan diri.

Reptilia tersebut kini diikat pada mulut dan ditutup matanya sebelum dipasung di dalam parit kecil di kampung berkenaan.

“Ini bagi membolehkan pihak berkuasa memutuskan tindakan selanjutnya berhubung dengan ‘hasil tangkapan’ ini,” katanya.

2 Buaya Besar Ditangkap Meriahkan Cuti Panjang Di Sarawak
Kes Yang Kedua Pula Adalah Di Limbang, pada Hari Ahad, 4 Ogos 2017 selang 2 hari selepas kes di Saratok.

Kes ini pula sangat sangat unik, di mana seekor buaya telah dikesan berjalan jalan di daratan.

2 Buaya Besar Ditangkap Meriahkan Cuti Panjang Di Sarawak

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat dikerahkan untuk menangkap buaya tersebut, dan mereka berjaya menangkap buaya yang berjalan jalan di daratan itu.

2 Buaya Besar Ditangkap Meriahkan Cuti Panjang Di Sarawak

Buaya tersebut kemudiaanya dilepaskan kembali ke sungai yang jauh dari habitat manusia.

P/S : Baca cerita Anthony Bourdain di Kuching di sini : The Perfect Day In Kuching, According To Anthony Bourdain

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami