fbpx
Our Local Story

2 Anak Sarawak Dilantik Sebagai Duta dan Ketua Pesuruhjaya Malaysia di Jepun dan Brunei

2 Anak Sarawak Dilantik Sebagai Duta dan Ketua Pesuruhjaya Malaysia di Jepun dan Brunei
822 Shares

2 Anak Sarawak Dilantik Sebagai Duta dan Ketua Pesuruhjaya Malaysia di Jepun dan Brunei

Wisma Putra hari ini mengumumkan 2 anak kelahiran Sarawak, bakal dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Jepun dan juga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.

Dato’ Kennedy Jawan yang mendapat pendidikan awal di Methodist Secondary School, Sibu bakal memulakan tugas beliau sebagai Duta Besar Malaysia di Jepun.

Beliau pernah berkhidmat di 5 buah negara iaitu Sepanyol, Afrika Selatan, Myanmar, Amerika Syarikat dan juga Jepun. Kini beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala.

2 Anak Sarawak Dilantik Sebagai Duta dan Ketua Pesuruhjaya Malaysia di Jepun dan Brunei

Ismail Haji Salam pula merupakan salah seorang dari anak Sarawak yang mendapat pendidikan awal di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.

Beliau pernah berkhidmat di 4 buah negara iaitu Poland, Indonesia, Kenya dan juga Austria. Jawatan terkini sebelum beliau dilantik untuk menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei adalah Setiausaha Bahagian Eropah.

2 Anak Sarawak Dilantik Sebagai Duta dan Ketua Pesuruhjaya Malaysia di Jepun dan Brunei

Kami mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Dato Kennedy Jawan dan juga Ismail Haji Salam atas lantikan ini.

822 Shares
Related posts
Our Local Story

Catat 38 Kes, Status Wabak Denggi Di Jalan Ajibah Abol Kini Tidak Terkawal

Our Local Story

Sukakan Doraemon?The First Doraemon Event In Kuching Menanti Anda

Our Local Story

Diskaun Sehingga 50% Saman Trafik Di Kubah Ria, 29 Mei 2019 ini

Our Local Story

Sarawak Lancarkan Loji Dan Stesen Hidrogen Pertama Di Asia Tenggara

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami