Our Local Story

1020 Buah Sekolah Rendah Di Sarawak Dalam Keadaan Daif?

1020 Buah Sekolah Rendah Di Sarawak Dalam Keadaan Daif?

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan, YB Baru Bian memuat nait 2 gambar yang merupakan soalan dan jawapan kepada beliau di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

1020 Buah Sekolah Rendah Di Sarawak Dalam Keadaan Daif?

Beliau telah bertanya status baik pulih sekolah sekolah daif di Sarawak, kos baik pulih, peruntukan kerajaan pusat dan juga menanyakan adakah kerajaan negeri Sarawak akan menggunakan dana dari kerajaan negeri sendiri untuk tujuan tersebut.

1020 Buah Sekolah Rendah Di Sarawak Dalam Keadaan Daif?

Ringkasan jawapan yang diperolehi YB Baru Bian :

  1. 1020 buah sekolah dalam keadaan daif ( usia lebih 30 tahun )
  2. 415 buah sekolah dalam keadaan sangat daif ( usia lebih 50 tahun )
  3. Kos kasar untuk menyelenggara, menaik taraf dan menggantikan sekolah-sekolah tersebut dianggarkan RM18 billion
  4. RM2.5 billion telah diperuntukan sepanjang 2011 – 2015 untuk pembangunan infrastruktur pendidikan di Sarawak
  5. 22 sekolah baharu dan gantian diluluskan pada tahun 2016 dengan kos sebanyak RM965 Juta
  6. RM366.7 juta untuk naik taraf 183 buah sekolah menggunakan ‘industralized building system’ IBS
  7. 7 buah projek gantian penuh dengan kos RM244.28 Juta akan dilaksanakan pada tahun 2017

Jika kita imbau kembali, telah terjadi beberapa kes sekolah runtuh di Sarawak sebelum ini. Antaranya adalah

  1. Sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dan surau di Sekolah Kebangsaan Kampung Buda, di Spaoh
  2. Sekolah Kebangsaan (SK) Bruit yang mencederakan seorang wanita

Kedua dua kes ini terjadi pada tahun 2016.

1020 Buah Sekolah Rendah Di Sarawak Dalam Keadaan Daif?

Keratan akhbar di atas ketika Pilihanraya Kecil DUN Tanjung Datu yang menyatakan 183 buah sekolah daif di Sarawak diberi perhatian.

Apa pendapat anda? Adakah anak anak anda bersekolah di sekolah yang daif? Atau pun sekolah tersebut pernah dibaikpulih sebelum ini tetapi hasil kerja kontraktor yang diamanahkan tidak memuaskan hati anda? Tinggalkan komen anda dibawah.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami