Our Local Story

10 Perkara Mustahak Anda Perlu Tahu Tentang Rabies

10 Perkara Mustahak Anda Perlu Tahu Tentang Rabies

Ini 10 perkara penting anda perlu tahu mengenai rabies (penyakit anjing gila). Info diperoleh dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SSPCA (Sarawak Society for Prevention of Cruelty to Animals).

  1. Adakah virus rabies disebarkan ke manusia melalui udara atau air kencing anjing?
    Tidak. Rabies disebarkan apabila anjing yang dijangkiti rabies menggigit atau mencakar manusia. Tiada gigitan/cakaran = tiada rabies.Sila baca infografik ini untuk maklumat asas tentang rabies:
10 Perkara Mustahak Anda Perlu Tahu Tentang Rabies

Infografik tentang rabies: Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Apakah yang perlu kami lakukan sekiranya ada anjing yang disyaki dijangkiti rabies?
Jangan mendekati anjing untuk mengurangkan risiko digigit. Hubungi segera Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS):
Kuching 082-628255
Samarahan 082-671221
Serian 082-872870
Sarikei 084-658129
Sibu 084-330224
Mukah 084-871050
Betong 083-471622
Kapit 084-796416
Bintulu 086-335770
Miri 085-411866
Limbang 085-212177

3. Bagaimanakah cara mengenali anjing yang dijangkiti rabies? 
Anjing yang dijangkiti rabies akan menunjukkan tanda-tanda tersebut:
• Takut air
• Air liur berlebihan
• Takut cahaya
• Ganas/agresif dari biasa
• Kelihatan takut/gelisah– kedudukan ekor di bawah/di antara kedua kaki belakang
• Sangat peka dengan apa-apa pergerakan
• Menggigit apa sahaja tanpa sebab (benda atau orang tanpa provokasi)

10 Perkara Mustahak Mengenai Rabies Yang Anda Perlu Tahu4. Adakah pihak SSPCA mempunyai stok vaksin anti-rabies?
Tidak. Pihak SSPCA mengambil stok vaksin dari klinik veterinari.

5. Adakah pihak SSPCA memberi vaksin percuma anti-rabies? 
Tidak. Vaksin percuma telah diberikan oleh pihak DVS pada 20 Julai 2017. Sila tunggu kenyataan media dari DVS sekiranya vaksin percuma diberikan lagi.

6. Di manakah kami boleh dapatkan vaksin anti-rabies untuk haiwan peliharaan kami?
Vaksin anti-rabies boleh didapati di mana-mana klinik veterinari dengan harga RM55. Sila rujuk pada senarai klinik veterinari di pautan ini :

Senarai Klinik Veterinari Di Kuching

7. Bolehkah kami serahkan haiwan peliharaan kami ke shelter haiwan SSPCA? 
Terdapat lebih 300 ekor haiwan di shelter SSPCA. Pihak SSPCA tidak mampu menerima haiwan baru.

8. Adakah pihak SSPCA menyediakan servis house call untuk memberi vaksin anti-rabies kepada haiwan? 
Tidak. Sila hubungi klinik veterinari terdekat untuk membuat temu janji. Hanya klinik tertentu sahaja yang menyediakan perkhidmatan house call. Sila rujuk pada senarai klinik di pautan ini : Senarai Klinik Veterinari Di Kuching

9. Terdapat berita yang menyatakan vaksin kehabisan stok. Bilakah stok vaksin anti-rabies datang?
Sila hubungi klinik veterinari terdekat. Sila membuat tempahan untuk vaksin jika perlu.

10. Apakah yang kami boleh buat sementara menunggu stok vaksin anti-rabies?
Anda boleh membuat tempahan vaksin di klinik veterinari. Buat masa kini sila pastikan haiwan peliharaan anda berada di kawasan rumah. Sila letakkan haiwan peliharaan dalam sangkar jika perlu.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami