Ibu tunggal ini cheated death apabila rumahnya dihanyutkan oleh tanah runtuh di Kampung Annah Sadir
Nyaris Dihanyutkan Oleh Tanah Runtuh Di Padawan, Ibu Tunggal Kehilangan Rumah. Seorang ibu tunggal terselamat apabila rumahnya dihanyutkan tanah runtuh di Kampung Annah Sadir, Padawan.
Namun, tragedi ini telah menyebabkan wanita tersebut kehilangan rumahnya.

Rumah runtuh sepenuhnya akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat
Menurut laporan, rumah berkenaan yang milik Catherine Kos Gusap itu telah runtuh sepenuhnya akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat pada awal pagi 13 Januari.
Kejadian yang berlaku sekitar 3:30 pagi juga hampir menyebabkan kemusnahan rumah berdekatan milik anak Catherine, Roger Sasam.
Malangnya, rumah yang telah runtuh sepenuhnya itu dilaporkan baru sahaja diubah suai oleh Catherine tak lama dahulu.
Mujur Catherine terselamat daripada tragedi itu kerana beliau kebetulan sedang tidur di rumah anaknya apabila kejadian tersebut terjadi.
Selain rumah Catherine, satu tiang elektrik yang didirikan di lokasi sama juga musnah.