Miri Kini Mempunyai Bandar Kontena Cafe Yang Pertama Di Sarawak
Ketika Kuching sedang sibuk membina pelbagai jenis pusat membeli belah, usahawan di Miri tampil lebih kreatif dengan membina Bandar Kontena Cafe yang pertama di Sarawak.
Bandar yang dikenali sebagai Container Cafe Miri tersebut bakal menjadi ‘rumah’ untuk pelbagai jenis cafe tempatan yang top di Miri.

Antara tenant yang terdapat di Container City Miri nanti adalah :
- The Brew Crew
- Trending Coconut Ice Cream
- The Portside Container Miri
- Madness Delicious
- Dons Burger

Container City Miri terletak di Jalan North Yu Seng di tengah Bandar Miri, dan senang untuk diakses oleh orang ramai.
Difahamkan juga, mereka mempunyai Taman Permainan untuk kanak kanak bagi memberi keselesaan kepada mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil.
Container Cafe Miri kini di dalam fasa terakhir pembinaan dan akan dibuka tidak lama lagi.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke sini nanti, anda boleh ke Container City Miri yang beralamat di : Lot 2225, North Yu Seng Road 98000 Miri, Sarawak
Baca juga :