Local Attractions

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Team ilovekch beriadah ke Bukit Gondol di Lundu baru-baru ini dan wow tempat ini memang best! Ikuti travelog ke Bukit Gondol kami untuk mengetahui cara mengakses bukit yang belum dijejaki orang ramai.

Terletak 2 jam dari bandar Kuching, Bukit Gondol terletak di pesisiran pantai berdekatan Kampung Pugu, Lundu. Kami bertolak dari Kuching kira-kira 6.30 pagi dan tiba di persimpangan Lundu dan Sematan pada pukul 8.40 pagi.

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

 

Dengan ketinggian kira-kira 100 m, Bukit Gondol ialah tempat yang mudah didaki bagi yang masih baru dalam hiking. Kami meluangkan masa selama 2 jam untuk mendaki, berselfie (perkara paling penting) dan turun dari bukit.

Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat hiking yang baru atau mula berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, kami recommend anda untuk menjejaki Bukit Gondol.

Bagi anda yang ingin ke Bukit Gondol, inilah persediaan kami sebelum pendakian:

Barang-barang untuk dibawa:

  • Salinan pakaian
  • Selipar
  • Air 1-2 liter
  • Tuala, topi atau bandana (untuk melindungi rambut dan leher dari cahaya matahari)
  • Makanan ringan (biskut, roti dan lain-lain)
  • Sunblock

Cara ke Bukit Gondol:

1. Masukkan koordinat lokasi: 1.7892920, 109.8313210

2. Letakkan kenderaan anda di tepi jalan utama.

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

 

Nota: Jika anda menyimpang terlalu jauh anda akan melalui selekoh ke kiri dan seterusnya tiba di Permatang Pugu Camping Site di sebelah kanan anda.

3. Untuk mengakses Bukit Gondol, ikuti jalan seperti di bawah menuju ke pesisiran pantai dan belok kanan ke Bukit Gondol. (Amaran: Ada banyak nyamuk di sepanjang pantai!)

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

 

Inilah pesisiran pantai menuju ke Bukit Gondol. Semasa kami berjalan di sini hanya kami sahaja yang berada di sepanjang pantai ini.

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

 

4. Terdapat beberapa trek mendaki bukit. Kami menjumpai satu trek yang mudah untuk mendaki dan menuruni bukit. Jalan masuk ke trek itu ialah berdekatan dengan longgokan kayu putih di bahagian kanan Bukit Gondol seperti di bawah:

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Bergantung pada tahap fizikal anda, pendakian ke puncak memakan masa selama 1 jam.

Setelah berhempas pulas mendaki Bukit Gondol, anda akan pasti berasa usaha anda berbaloi apabila tiba di puncak. Di sini, anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah yang amat indah.

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

 

 

Ada juga yang bermalam di sini untuk berkhemah. Kawasan ini agak jauh dari kawasan perumahan, jadi pada malam yang tiada langit Bukit Gondol sesuai untuk aktiviti star-gazing.

 

Peringatan:

  • Kami menjumpai beberapa puntung rokok di sepanjang kaki dan puncak bukit. Harap para pendaki yang akan datang tidak meninggalkan sebarang sisa di kawasan Bukit Gondol.
  • Kami mengesyorkan anda bertolak dari Kuching seawal mungkin kerana cuaca yang panas terik di puncak Bukit Gondol.

Anda juga boleh saksikan video pendakian ke Bukit Gondol oleh Kelab Kembara Anak Sarawak, Kelab Rekreaksi Perunding Muhandis dan Kelab Belia Maju Lundu.

Jika anda ingin bermalam di kawasan berdekatan dengan Bukit Gondol bolehlah bermalam di Permata Pugu Camping Site, yang kami telah liputi sebelum ini:

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

 

 

Related posts
Local Attractions

5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan

Local Attractions

Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami

Local Attractions

6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Local Attractions

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami