fbpx
Local Attractions

Tempat-Tempat Menarik di DUN Tanjung Datu

n
13.8K Shares

Tempat-Tempat Menarik di DUN Tanjung Datu

  1. Taman Negara Gunung Gading

gunung gading national park

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan hujan bergunung-ganang yang terletak dua jam dari Kuching. Terletak berdekatan Lundu, bandar kecil di barat daya Sarawak.

Pada mulanya, taman ini merupakan kawasan pemuliharaan tertutup bagi Rafflesia yang menakjubkan, bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga satu meter diameter. Walau bagaimanapun, selepas pelbagai kajian kesan alam sekitar, Jabatan Taman Negara memutuskan bahawa Gunung Gading adalah satu khazanah yang patut dikongsi dengan orang ramai.

Ia telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, Taman Negara Gunung Gading masih lagi dipantau dengan teliti oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan semua pelawat mendapat peluang untuk melihat bunga Rafflesia tanpa menyebabkan sebarang kerosakan kepada pucuk muda dan flora lain di kawasan berdekatan.

Satu laluan yang dibuat daripada papan telah dibina berhampiran kawasan di mana Rafflesia sering dijumpai, supaya pelawat berpeluang melihat bunga ini mekar berkembang.

Denai hutan menuju ke arah sungai, air terjun yang mengalir deras dan kawasan pergunungan, dengan satu laluan yang membawa pendaki ke puncak Gunung Gading (906m). Pergunungan berbatu di dalam Taman memberikan latar belakang menarik kepada bandar Lundu yang terletak berhampiran, dan juga pantai di Pandan dan Siar.

Sumber : Tourism Malaysia

2. Pandan Beach

fddaf b

photo credit to Dzureen Hamzah

Pandan Beach terletak lebih kurang 10km dari Pekan Lundu. Tiada tempat berkelah yang tetap disediakan seperti di Port Dickson, tetapi anda bebas untuk memilih kawasan seperti bawah pokok mengikut keselesaan anda.

3. Jangkar Waterfall

jangkar

Jangkar Waterfall terletak di Kampung Jantan, berhampiran dengan sempadan Malaysia – Indonesia. Untuk ke Jangkar Waterfall, anda perlu mendaki selama 1 jam sebelum tiba dilokasi. Penunjuk arah tempatan juga biasanya disediakan di Pos Masuk Air Terjun

Sebako Waterfall

n

Sebako Waterfall terletak di Kampung Sebako. Terdapat lebih dari 10 tier secara keseluruhannya. Anda boleh tonton pengalaman bombastic borneo di video di bawah :

4. Gunung Pueh

n

Gunung Pueh, atau juga dikenali sebagai Gunung Pueh-Berumput, Gunung Poi dan Gunung Poe, adalah sebuah gunung yang terletak di Lundu, Sarawak di sempadan MalaysiaIndonesia. Gunung Pueh diketahui oleh pakar biologi bagi koleksi yang dibuat disitu oleh Eric Mjöberg (1882–1938), seorang naturalis Sweden, yang merupakan Kurator bagi Muzium Sarawak antara 1922–1924. Koleksi herpetologikal Mjöberg dari Gunung Pueh antara Oktober hingga Disember 1923, dan tempatan lain di Borneo, dilaporkan oleh Smith (1925). Mjöberg, malangnya, dia tidak meninggalkan rekod bertulis mengenai pendakiannya di Gunung Pueh dan mengenai koleksi yang dibuatnya.

Pada tahun 2002, satu penjelajahan diatur bagi menjelajah kawasan tersebut. Semasa ekspedisi saintifik ke puncak Gunung Berumput pada 6–14 May 2002, 26 spesies burung, empat spesies kelawar dan satu spesies tikus dilihat.

Sumber : Wikipedia

5. Samunsam Wildlife Santuary

Samunsam Wildlife Sanctuary merupakan kawasan pemeliharaan wildlife tertua di Sarawak.

Diwartakan sebagai pusat pemeliharaan bagi melindungi monyet spesies probiscis dan juga pelbagai burung burung dan juga tumbuhan.

Selain itu, Samunsang Wildlife Santuary juga terkenal bagi kaki pancing untuk casting.

Panduan ringkas untuk ke Samunsam ada di sini : Sarawak Vacation

5. Telok Melano

kg melano

Telok Melano terletak di hujung ‘muncung’ negeri Sarawak. Bakal dihubungkan dengan Lebuhraya Pan Borneo yang bakal siap menjelang tahun 2020. Taman Negara Tanjung Datu boleh diakses secara terus dari Kampung Telok Melano. Pengunjung juga boleh tinggal di Homestay Kampung Teluk Melano dan merasai kehidupan penduduk tempatan.

Pemandangan sebahagian dari Telok Melano dari helikopter :

Anda juga boleh mengikuti perkembangan Telok Melano di Facebook rasmi mereka :

Tempat penginapan di Tanjung Datu juga senang didapati. Terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh dapati di Agoda.com dan juga Booking.com

 

 

 

 

13.8K Shares
Related posts
Local Attractions

5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan

Local Attractions

Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami

Local Attractions

6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Local Attractions

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami