Local Attractions

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Siburan merupakan sebuah bandar satelit yang terletak di antara Bandaraya Kuching dan Serian. Dahulunya ianya merupakan sebuah pekan kecil namun dengan meningkatnya taraf hidup penduduk di kawasan tersebut maka pekan siburan perlahan lahan berkembang menjadi sebuah bandar satelit.

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Berkembangnya Siburan sehingga kini adanya pusat membeli belah komuniti Eastern Mall, pusat komersil Eastcomm2 dan juga klinik kesihatan yang baru akan dibina di belakang Eastern Mall.

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Secara am nya, Siburan dihuni oleh penduduk kaum Cina dan juga Bidayuh Biatah. Dikatakan sejarah bidayuh biatah di sini bermula semenjak 630 tahun yang lalu.

Dalam artikel ini, kami senaraikan beberapa tempat di sekitar Siburan yang anda mesti lawat.

1.Jong Crocodile Farm

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Jong Crocodile Farm merupakan ladang buaya dan zoo yang sangat terkenal di Kuching. Ianya juga mempunyai zoo, musium buaya dan anda juga boleh menonton ikan arapaima gergasi!

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Jong Crocodile Farm dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang. Masa untuk memberi makan kepada buaya pula adalah pada pukul 11 pagi dan 3 petang setiap hari.

Harga tiket pula adalah seperti berikut :

Dewasa: RM24.00
*Kanak kanak: RM12.00

Dewasa (Sarawak) : RM14.00
*Kanak Kanak(Sarawak) : RM7.00

*Kanak kanak (3-12 years old)

2.Semenggoh Wildlife Centre

semenggoh

Selain daripada orang utan, Semenggoh Wildlife Centre juga merupakan Pusat Penyelidikan Botani di mana anda boleh melihat pelbagai jenis flora dan fauna.

Kebiasaanya, 2 jam sudah mencukupi untuk lawatan ke Semenggoh. Selepas ke Semenggoh, anda boleh ke Jong Crocodile Farm pula.

3.Annah Rais Hot Spring

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Terletak di kawasan Perkampungan Bidayuh, Annah Rais merupakan kawasan yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah serta beristirehat. Jauh dari kesibukan kota, Annah Rais terlindung dari pencemaran dan diliputi oleh hutan kecil.

Anda juga boleh merasai pengalaman rumah panjang dan juga budaya suku kaum bidayuh jika anda melawat ke sini.

4.Borneo Highland Resort

BorneoH

Borneo Highland Resort merupakan satu lokasi hidden gem yang anda perlu lawat, at least sekali seemur hidup anda. Jika anda gemar bermain golf, anda juga boleh bermain golf di Borneo Highland Resort ini

Batu Panggah Di Borneo Highland Resorts Ceritakan Kisah Cinta Terlarang Dua Insan

Borneo Highland juga terkenal dengan cerita Batu Panggah. Anda boleh baca cerita tersebut di sini : Batu Panggah Di Borneo Highland Resorts Ceritakan Kisah Cinta Terlarang Dua Insan

BorneoH

Permandangan di Borneo Highland ini pasti tidak akan mengecewakan anda.

Anda ada port makan cun di sekitar Siburan? Tinggalkan komen anda diruangan komen di bawah.

Related posts
Local Attractions

5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan

Local Attractions

Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami

Local Attractions

6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Local Attractions

Port Cun Untuk Menonton Bunga Api New Year Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami