in

Tarikan Pelancongan Di Sarawak Yang Anda Perlu Lawat Untuk Tahun 2018

Jom melancong ke Sarawak!

Tarikan Pelancongan Di Sarawak Yang Anda Perlu Lawat Untuk Tahun 2018

Tarikan Pelancongan Di Sarawak Yang Anda Perlu Lawat Untuk Tahun 2018

Seperti yang kita sedia maklum, terbanyak banyak tempat menarik yang menjadi tarikan pelancongan di Sarawak. Taman Budaya Sarawak, Semenggoh, Taman Negara Bako dan sebagainya merupakan antara tarikan terkenal di sekitar Kuching dan Sarawak secaranya amnya.

Kini, terdapat banyak lagi tempat tempat baharu yang menjadi tarikan pelancongan di Sarawak.

Sebelum ini juga kami pernah paparkan beberapa hidden gem di Sarawak, anda boleh baca lebih lanjut di : Tarikan Menarik Di Sekitar Kuching

Dalam artikel kali ini, kami paparkan lagi beberapa buah tarikan pelancongan di Sarawak yang perlu lawat untuk tahun 2018.

1. Golden Bridge, Kuching

Tarikan Pelancongan Di Sarawak Yang Anda Perlu Lawat Untuk Tahun 2018
Gambar : Norman Goh

Golden Bridge merupakan tarikan terbaharu di Kuching dan dirasmikan pada 11 November 2017 oleh TYT Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Jambatan ini menelan kos sebanyak RM35 juta dan mempunyai panjang keseluruhan sepanjang 330 meter.

Golden Bridge ini terletak di Waterfront Kuching dan juga merupakan jambatan yang menghubungkan Waterfront Kuching dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Tonton video di bawah yang dirakamkan oleh Syukri Arabi semasa perasmian Golden Bridge ini

2. Bung Jagoi

Tarikan Pelancongan Di Sarawak Yang Anda Perlu Lawat Untuk Tahun 2018
Gambar : Facebook Bung Jagoi

Bung Jagoi ( Gunung Jagoi ) terletak di Bau, Sarawak ( 45 minit dari Bandaraya Kuching ). Menurut maklumat yang diperolehi dari Laman Sesawang Sarawak Tourism , sejarah Jagoi-Bratak bermula kira kira 750 tahun lepas di mana mereka berhijrah dari Gunung Sungkong, Kalimantan.

Kini, terdapat Heritage Centre di Bung Jagoi untuk memelihari kekayaan sejarah yang terdapat di kawasan tersebut. Pelbagai produk pelancongan juga dilancarkan bagi mempromosi Bung Jagoi sebagai destinasi pelancongan.

Sekiranya ada merupakan seorang yang gemar untuk hiking, Bung Jagoi juga merupakan lokasi yang sesuai kerana setibanya anda di puncak, anda akan dihadiahkan dengan permandangan yang sangat menarik.

Gambar : Facebook Bung Jagoi

Perjalanan naik ke puncak mengambil masa selama 30 minit, bergantung pada kemampuan fizikal pengunjung. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkembangan terkini di Bung Jagoi, anda boleh semak laman facebook : Bung Jagoi

3. Bukit Gondol & Pantai Pugu

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Sebelum ini, kami pernah terbitkan travelog ke Bukit Gondol. Anda boleh baca lebih lanjut di sini :

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Bukit Gondol terletak dalam lingkungan 2 Jam dari Bandaraya Kuching, terletak di hujung Pantai Pugu, dengan kepanjangan sejauh 7 kilometer end to end.

Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Terdapat juga sebuah camping site di Pantai Pugu, iaitu Permata Pugu Camping Site. Anda boleh baca mengenai camping site tersebut di sini : Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Sekiranya anda merancang untuk ke sini, kami sarankan anda untuk hiking dan juga berkhemah. Untuk lebih tarikan di DUN Tanjung Datu, anda boleh baca artikel kami : Tempat-Tempat Menarik di DUN Tanjung Datu

4. Kampung Skuduk / Kampung Chupak, Jalan Kuching – Serian (Batu 24)

Hidden Gem Ini Akan Buatkan Anda Ingin Bercuti Di Kuching

Kampung Skuduk / Kampung Chupak ini merupakan antara tempat menarik bagi anda yang ingin menikmati view yang menarik.

Kami pernah terbitkan artikel mengenai Kampung Chupak ini, anda boleh baca lanjut di : Hidden Gem Ini Akan Buatkan Anda Ingin Bercuti Di Kuching

 

Leave a Reply

Loading…

comments

Cukai Kenderaan Lebih Murah Di Sabah Dan Sarawak - Ini Adalah Sebab Mengapa

Cukai Kenderaan Lebih Murah Di Sabah Dan Sarawak – Ini Adalah Sebab Mengapa

Senarai Dan Lokasi Klinik 1 Malaysia Yang Terdapat Di Kuching

Senarai Dan Lokasi Klinik 1 Malaysia Yang Terdapat Di Kuching