fbpx
Local Attractions

Serendah RM100, Kini Anda Boleh Snorkeling Dan Teroka Hidden Gem Lautan Di Kuching

Tak perlu pergi jauh, kini anda boleh snorkelling tanpa perlu menempah tiket pesawat ke tempat lain!

Serendah RM100, kini anda boleh snorkeling dan teroka hidden gem lautan di Kuching. Bagi anda yang sudah lama mengidam untuk melakukan aktiviti snorkelling dan ‘jalan-jalan’ di lautan tetapi ‘stuck’ kerana perintah kawalan pergerakan maka jangan risau kerana anda boleh lalukan aktiviti tersebut di sekitar kawasan Pulau Satang-Talang yang terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching.

Menurut perkongsian yang dilakukan oleh Adiyana Samshuddin ini, dengan kos serendah RM100 seorang anda akan dibawa untuk menikmati beberapa aktiviti seperti :

Melawat Pulau Satang, Bird Island, melihat ikan lumba lumba irrawardy dan juga aktiviti snorkeling.

Nearest to Kuching,Satang Island are located outside the coastal area of Mount Santubong and normally takes 30 minutes…

Posted by Adiyana Samshuddin on Wednesday, July 1, 2020


Dengan kos serendah RM100 tersebut juga, anda berpeluang untuk melawat tempat pemeliharaan penyu yang terletak di Pulau Satang dan jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat penyu menetas!

Tak perlu pergi jauh kan?

Serendah RM100, Kini Anda Boleh Snorkeling Dan Teroka Hidden Gem Lautan Di Kuching
Serendah RM100, Kini Anda Boleh Snorkeling Dan Teroka Hidden Gem Lautan Di Kuching

Aktiviti snorkeling di sini juga bukan snorkeling biasa biasa, menurut satu video yang dimuat naik oleh Adiyana Samshuddin ini, anda boleh snorkelling dengan dikelilingi ikan dan anda juga berpeluang untuk merakam video dan kenangan indah tersebut

Posted by Adiyana Samshuddin on Wednesday, July 1, 2020


Anda juga berpeluang melihat sendiri ribuan khazanah batu karang yang terdapat di kawasan tersebut dan pastinya anda akan terpegun dengan kewujudan batu karang tersebut.

Serendah RM100, Kini Anda Boleh Snorkeling Dan Teroka Hidden Gem Lautan Di Kuching

Menurut maklumat yang diperolehi dari Sarawak Tourism, Pulau Satang terbahagi kepada 2 iaitu Pulai Satang Kecil dan Pulau Satang Besar. Bagi anda yang berminat untuk aktiviti menyelam, kebanyakan aktiviti tersebut diadakan di sekitar Pulau Satang Besar.

Selain daripada aktiviti aktiviti snorkeling anda juga sebenarnya boleh mencuba aktiviti Wetland Wildlife Cruise di mana anda akan dibawa untuk meneroka ke Muara Sungai Santubong untuk melihat ikan lumba lumba irrawardy.

Kemudiannya anda akan dibawa ke sekitar kawasan paya bajau di mana anda akan melihat flora dan fauna yang menarik termasuk proboscis monkey. Kelip kelip dan juga buaya liar juga kadang kala kelihatan bergantung pada keadaan.

Jika anda ingin bercuti di sekitar Bandaraya Kuching, jangan risau kerana banyak tarikan tarikan menarik yang anda boleh terjah seperti air terjun. Baca artikel tersebut di pautan di bawah :


Baca juga, Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang, dengan pelbagai burung kenyalang yang terdapat di negeri ini. Berikut adalah senarai burung kenyalang yang ada di negara kita :

Artikel Berkaitan

Back to top button