Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami
Mencari tempat yang baru untuk bercuti di Sarawak? Apa kata kalau anda jelajahi Sarawak dengan lebih meluas dan bercuti di Kabong.
Kalau anda selalu ingin ke Kabong tetapi tidak pernah ada peluang, bulan Mac ini adalah satu-satu masa yang paling sesuai kerana di sana ada Kabong International Kite Festival yang berlangsung dari 8 hingga 11 Mac 2019.
Jika ini adalah kali pertama anda jejak kaki ke Kabong, jangan risau, baca panduan kami untuk percutian yang santai.

Pengenalan dan Sejarah
Kabong terletak di Kuala Batang Krian. Di sinilah binanya Fort Charles pada zaman pemerintahan Brooke iaitu pada tahun 1878 oleh seorang pegawai Brooke iaitu Maxwell.
Fort Charles telah musnah pada tahun 1893 akibat hakisan tanah dan dibina semula pada tahun 1895.
Kabong boleh dihubungi melalui jalan darat. Perjalanan dari Kuching ke pekan Kabong mengambil masa kira-kira 6-7 jam (melalui Jalan Kuching-Saratok-Sarikei) dan 5 jam melalui coastal road (Feri Samarahan-Trisso).
Bandar-bandar terdekat dengan Kabong ialah Saratok (63 km) dan Sarikei (85 km).

Antara keistimewaan Kabong ialah makanan laut dan obor-obor. Hasil laut adalah seperti ikan, ikan masin dan ikan salai. Penangkapan obor-obor mengikut musim iaitu pada musim kemarau dan merupakan mata pencarian yang paling lumayan.
Saksikan video pemprosesan obor-obor milik En. Mohd Rahman Mohd Tiong, salah seorang pengusaha produk obor-obor di Kampung Grigat, Kabong:
Dialek Kabong
Dialek di Kabong mempunyai keunikan sendiri. Jika dialek Melayu Sarawak terkenal dengan tambahan ‘k’ di hujung perkataan, sebutan dialek Melayu Kabong agak ketara di mana sebutan vokal ‘a’ di hujung perkataan akan ditukar ke vokal ‘o’.
Contoh:
Bahasa Melayu…..Melayu Sarawak…..Melayu Kabong
merasa…………….merasa………………..meraso
tembikai……………semangka……………semangko
yang itu…………….nak ya………………..nak yo
sana………………..siya……………………siyo
Kepelbagaian bahasa dan sebutan inilah yang menjadikan negeri Sarawak unik dan indah.
Tempat Menarik
Pantai Tanjung Kembang
Kabong mempunyai pantai-pantai yang panjang yang sesuai untuk aktiviti riadah. Yang popular ialah Pantai Tanjung Kembang, iaitu tempat di mana Pesta Layang-layang Antarabangsa Kabong bakal diadakan dan di mana selfie-selfie tercantik anda bakal diambil.
Lihat pemandangan sunset Pantai Tanjung Kembang yang thor-baek!


Kampung Alit
Tidak jauh dari pekan Kabong ialah Kampung Alit yang terkenal dengan ambal (pepahat) dan Pantai Alit. Jika anda travel ke sini tepat pada musim ambal, bolehlah beli seberapa banyak yang mungkin ambal segar.
Aktiviti
Kabong International Kite Festival (Pesta Layang-layang Antarabangsa Kabong)
Kabong meriah ketika acara layang-layang ini dilangsungkan. Pesta tahunan ini bakal berlangsung di Pantai Tanjung Kembang dari 8 hingga 11 Mac 2019.



Tempat Makan
Cafe Ibu Mee Udang
Kabong terkenal dengan makanan laut terutamanya udang galah. Di Cafe Ibu Mee Udang terdapat ibu kepada segala mee udang iaitu masakan mee bersama udang galah.
Pesan saja mee goreng, mee kuah, nasi goreng — semuanya ada udang galah! Harga menu mengikut gred udang iaitu RM10 bagi 100g.




Cafe Ibu Mee Udang
Alamat: Simpang Empat Kampung Nyabor (25 minit dari Kabong)
Waktu operasi: 6.30 pagi – 6.30 petang, dibuka setiap hari
Tel: 011-18570991 (En. Sulaiman) / 010-7960619 (Pn. Asiah)
MamaGee Corner
Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Rafaie dan Puan Fauziah, MamaGee Corner menghidangkan beraneka juadah.

Menu istimewa di MamaGee Corner yang kerap dipesan pelanggan ialah nasi ayam grill banjir (RM10.50), nasi ayam grill set biasa (RM5.50) dan mee goreng (RM4).

Menu lain di MamaGee ialah nasi ayam penyet, tomyam, crispy mee, ABC special dan ais kepal Milo.

MamaGee Corner
Alamat: Kampung Baru Darat, Kabong
Waktu operasi: 4 petang-12 tengah malam, dibuka setiap hari
Tel: 010-5937367 (Pn Fauziah/Gee)
Makanan Keistimewaan Kabong
Ambillah peluang travel ke Kabong dengan merasai makanan dan kuih-kuih tradisional yang legend khas dari Kabong.
Suman
Makanan yang sebati dengan masyarakat sekitar Kabong ialah suman. Suman diperbuat daripada tepung sagu dan kelapa parut dan diisi dengan udang (payak), sotong, hati ikan pari dan sebagainya.


Saksikan cara suman dibuat oleh Puan Fatimah Iseng dalam video ini:
Kuih Takir
Kuih takir sangat terkenal di kalangan masyarakat Kabong dan sekitarnya. Antara bahan yang diperlukan untuk membuatnya ialah gula apong, santan, tepung beras kemudian adunan dituang ke dalam daun pucuk nipah yang dibentuk segi empat.

Sila rujuk resipi kuih takir di sini: Kuih Tradisi Sarawak: Kuih Lemak Takir
Gulo Tarit
Gulo tarit atau gula tarik ialah manisan istimewa dari Kabong dan merupakan resipi keluarga Hajah Mastura dari Kabong sejak 30 tahun yang lalu.
Harga gulo tarit ialah RM23 (100 biji), RM15 (60 biji) dan RM8 (30 biji). Untuk sebarang tempahan, sila hubungi Nazirah Dol di talian 019-4384802.

Gulo tarit, legend dari zaman enseyo. Kredit: Nazirah Dol
Kueh Pusuk (Kerepek Ikan Bilis)
Kueh pusuk yang diperbuat dari ikan bilis juga satu keistimewaan di Kabong. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi Juliza binti Junaidi di talian 012-887 6224 atau Facebook Juelieyza Juelieyza

Saksikan video pengusaha kueh pusuk Juliza binti Junaidi membuat snek Kabong ini:
Ikan Masin
Perikanan ialah salah satu sumber ekonomi utama di Kabong dan ikan masin mudah dicari di Pasar Kabong.

Nak travel ke Kabong lah! Tapi tempat penginapan macam mana?
Terdapat banyak inap desa di Kabong. Jadi, penginapan tidak menjadi masalah, dengan syarat anda membuat tempahan awal. Anda juga boleh bermalam di bandar-bandar lain yang berdekatan seperti Saratok dan Sarikei.
Berikut adalah antara tempat penginapan di Kabong:
D’Akasya Homestay
D’Akasya Homestay ialah inap desa terbesar di Kabong.
Alamat: Lot 708, Jalan Badron, Tanjung Kembang, 94650 Kabong
Jenis bilik/harga:
2 orang (Twin beds atau 1 double bed) + termasuk sarapan – RM115 semalam
3 orang (1 queen bed + sofa) + termasuk sarapan – RM120 semalam
4 orang (1 queen bed + sofa bed) + termasuk sarapan – RM130 semalam
Tel: 010-6680535 (Rezza) / 010-6690535 (Jeddy)
Facebook: @dakasyakabong


Chalet Tanjung Kembang Kabong
Chalet Tanjung Kembang Kabong terdiri daripada 2 buah chalet besar dan 6 chalet kecil berdekatan dengan Pantai Tanjung Kembang.
Alamat: Pantai Tanjung Kembang, 94650 Kabong
Jenis chalet/harga:
– Chalet kecil (Aircond/1 bilik) – RM100
– Chalet besar (Kipas/3 bilik) – RM120
Tel: 011-19344018 (Puan Hasana)

Homestay Kabong
Homestay Kabong ialah sebuah rumah 2 tingkat yang mempunyai kemudahan lengkap seperti TV dan seterika untuk keselesaan seisi keluarga.
Alamat: Kampung Sungai Benang, Kabong
Jenis bilik/kemudahan:
– 1 bilik tidur di tingkat bawah (aircond)
– 2 bilik tidur di tingkat atas (kipas)
– dapur gas untuk memasak berserta perkakas memasak seperti periuk, pinggan mangkuk, water heater, dsb
– TV bersama Njoi
– ruang parkir yang luas
– seterika
Harga: RM150 semalam
Syarat: Hanya menerima pelanggan untuk sebuah keluarga sahaja anggaran dalam 7 orang
Tel: 013-228 3710 (En Ghazali bin Mat Daud)
Facebook page: Homestay Kabong

Yellow Inn
Sebuah inn yang mempunyai 4 bilik dan mempunyai gerai makanan di tingkat bawah iaitu Yellow Cafe. Mereka juga mempunyai sebuah ladang ketam di depan Yellow Inn.
Alamat: Lot 304, Jalan Jeti Kerajaan, 94650 Kabong
Jenis bilik/harga: Twin beds atau 1 Queen bed – RM100 semalam
Tel: 011-15815778 (En Sahariya) / 014-3547742 (Pn Junaidah)
Emel: pnkkabong@yahoo.com


Canshi Banglo Kamek
Canshi Banglo Kamek ialah sebuah chalet 2 bilik yang terletak bersebelahan dengan kedai makan pemilik.
Alamat: Jalan Bedron 2, Tanjung Kembang, 94650 Kabong
Jenis bilik/Harga: Chalet 2 bilik/RM120 semalam
Tel: 019-8166982 (Puan Ana)

Jika anda ingin bercuti ke Kabong buat kali pertama, ikut saja panduan kami ini untuk menikmati percutian yang simple dan santai.

Sekiranya anda hendak melawati tempat menarik lain di Kuching dan sekitar Sarawak, klik pautan kami di sini: Local Attractions