fbpx

Persis Markas The Avengers, Rekaan Pusat Sukan Dan Inovasi Batu Kawah Ini Mengujakan

SPONSORED

Rekaan itu dikongsikan oleh Dr Sim Kui Hian

Persis Markas The Avengers, Rekaan Pusat Sukan Dan Inovasi Batu Kawah Ini Mengujakan. Penduduk Batu Kawah tidak lama lagi akan menikmati satu lagi kemudahan baharu iaitu Pusat Sukan dan Inovasi Batu Kawah yang akan dibina tidak lama lagi.

Rekaan yang dikongsikan oleh Dr Sim Kui Hian melalui laman facebook beliau pada 12 Mac yang lalu menunjukkan rekaan moden bangunan tersebut persis ala Markas The Avengers, iaitu watak hero rekaan marvel yang menjadi kegilaan seluruh dunia.

SPONSORED

Pusat Sukan dan Inovasi tersebut akan dibina di tapak lama kuari Ang Ch’eng Ho

Menurut perkongsian tersebut juga, difahamkan Pusat Sukan dan Inovasi Batu Kawah ini akan dibina di tapak lama Kuari Ang Ch’eng Ho yang kini menjadi tasik dengan keluasan 20 ekar!

Menurut perkongsian Dr Sim juga, fasa seterusnya pembangunan tersebut turut akan melibatkan pembangunan rekreasi sukan air untuk kegunaan awam.

Hidden Gem yang pasti perlu diterokai di Kuching

Tapak lama Kuari Ang Ch’eng Ho ini merupakan salah satu hidden gem di Batu Kawah dan Kuching dan semestinya merupakan satu lokasi mesti anda terokai nanti. Pastinya dengan pembangunan ini nanti, tempat ini akan lebih ceria dan juga terdapat kemudahan lengkap untuk anda beriadah. Mesti seronok kan?

SPONSORED

Menurut satu perkongsian oleh The Kuchingite pula, mereka berkongsi lukisan lebih jelas Pusat Sukan Dan Inovasi Batu Kawah ini.

Persis Markas The Avengers, Rekaan Pusat Sukan Dan Inovasi Batu Kawah Ini Mengujakan
Persis Markas The Avengers, Rekaan Pusat Sukan Dan Inovasi Batu Kawah Ini Mengujakan

Gambar ini menunjukkan separuh daripada Pusat Sukan Dan Inovasi Batu Kawah ini akan berada di ‘atas air’, pastinya nanti akan menawarkan pemandangan yang memukau.

Bagi anda yang ingin tahu, Tapak Kuari Ang Ch’eng Ho ini terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Kawah, lebih kurang 2 ke 3 minit perjalanan sahaja dari Emart 24 Jam Batu Kawah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 3 Februari yang lepas, sebanyak RM10 juta ringgit telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk projek pembangunan semula kawasan ini yang dipanggil sebagai Tasik Ang Cheng Ho.

Projek pembangunan ini juga dijangka akan menjadi lebih banyak pekerjaan untuk penduduk setempat dan pastinya akan memacu lagi aktiviti ekonomi di kawasan Batu Kawah secara amnya. Tidak mustahil juga, satu hari nanti tempat ini boleh menjadi satu tarikan pelancongan yang mesti dilawati di Sarawak.

Baca juga artikel mengenai Tasik Biru yang terletak di Daerah Kecil Bau yang dahulunya merupakan lombong emas yang terkenal di negeri Sarawak.

SPONSORED
Sumber
Dr Sim Kui HianThe Kuchingite
Teruskan Membaca
SPONSORED

Artikel Berkaitan

Back to top button