Local Attractions

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Sebelum ini gambar ke Kampung Pugu viral di media sosial, di mana jalan raya yang menghubungkan Kampung Pandan ke Kampung Pugu kini telah hampir siap sepenuhnya.

Projek menaik taraf jalan ke Kampung Pugu telah dilancarkan oleh Allayarham Tan Sri Adenan Satem pada sekitar tahun 2015.

Pantai Pugu terletak dalam lingkungan 11 KM daripada Pantai Pandan yang terletak di Lundu.

Baca artikel lama kami di sini : Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Berkunjung Ke Lundu

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Gambar : Dek Wan

Dengan siapnya jalan yang menghubungkan Kampung Pugu dengan jalan raya utama, ianya juga telah membuka peluang untuk pengunjung meneroka kawasan sekitar. Gambar di atas, dikatakan di ambil di atas Bukit Gondol dan mempunyai pemandangan yang sangat sangat menarik.

Baru baru ini pula, muncul pengusaha tempatan yang kreatif untuk membuka sebuah camping site di Kampung Pugu.

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Menurut maklumat yang diperolehi daripada Permata Pugu Camping Site ini, ianya akan dibuka kepada pihak awam mulai dari bulan November 2017.

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Menariknya camping site ini, ianya terletak di seberang Pekan Sematan tetapi akses jalan raya nya boleh diakses dari Lundu-Kampung Pandan-Kampung Pugu.

Jajaran Pantai Pugu yang panjang ini juga menjadikan kawasan ini juga sesuai untuk anda bermain layang layang dan sebagainya.

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Khemah juga disediakan untuk pengunjung di mana ianya boleh memuatkan 4 orang pada satu satu masa.

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Jika anda ingin melakukan kelainan dalam bercuti, anda boleh pertimbangkan camping site ini. Sekiranya anda rasa anda lebih adventurous pula, anda boleh consider untuk berkhemah terus di Bukit Gondol.

Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak

Baca juga :

 

Related posts
Local Attractions

5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan

Local Attractions

Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami

Local Attractions

6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Local Attractions

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami