Pasaraya Mydin CityOne Akan Dibuka 30 Mac Ini
Tahun lepas, Kenbest Sdn Bhd ( Pemaju CityOne ) dan Mydin Holdings telah menandatangani MOU bersama. Kini, selepas Mydin memulakan operasi di Bandar Baru Semariang, mereka akan membuka Pasaraya Mydin mereka di CityOne Megamall mulai 30 Mac 2017.
Akhirnya, setelah bertahun tahun lamanya CityOne tidak mempunyai apa apa supermarket, kini Mydin tampil bagi menghidupkan suasama Mall 2 mereka. Mereka yang gemarkan Mydin juga kini tidak perlu memandu jauh ke Petrajaya, kerana alternatif sudah disediakan di CityOne Megamall.
Terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan sempena minggu pembukaan Mydin Cityone, antaranya adalah Limkokwing Creative Booth and Performances. Banyak juga aktiviti lain yang akan dilakukan dan anda disarankan untuk pergi ke CityOne Megamall memeriahkan suasana.