fbpx
Local Attractions

Menginap Dengan Selesa Dengan Kos Kurang Dari RM 100 Di Tengah Bandaraya Kuching

Check in
12.7K Shares

Menginap Dengan Selesa Dengan Kos Kurang Dari RM 100 Di Tengah Bandaraya Kuching

  1. Check In Lodge Padungan

Check in

Check In Lodge terletak di Padungan, bersebelahan dengan Sanjuro Cafe yang dimiliki oleh vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh. Baru memulakan operasi setahun yang lepas, Check In Lodge mempunyai rating yang sangat baik di booking.com iaitu 9.3/10.

check in

Check In Lodge juga mempunyai kolam kecil, sesuai bagi anda yang membawa anak kecil bersama. Lokasi Check In Lodge yang betul betul berada di tengah bandaraya Kuching pula memudahkan anda untuk ke mana sahaja sepanjang percutian anda.

Kesemua bilik di Check In Lodge berharga RM89 ke bawah untuk semalam. Untuk menempah, anda boleh terus ke : Check in Lodge 

2. Woodpecker Lodge

woodpecker lodge

Woodpecker Lodge terletak bersebelah dengan Sungai Sarawak dan berhampiran dengan Sarawak Plaza. Ianya juga di tengah tengah bandar dan terdapat banyak restoran dan cafe di kawasan sekitar.

woodpecker lodge

Harga yang ditawarkan adalah RM79 ke bawah. Rating di Booking.com untuk Woodpecker lodge pula adalah 7.9/10.

Untuk menempah, anda boleh terus ke : Woodpecker Lodge

3. My Place Hotel & Lodge 

My Place

Terletak berhadapan dengan salah satu patung kucing dan berdekatan dengan DP Gula Apong Ice Cream.

My Place

Kesemua bilik di sini berharga RM79 dan ke bawah. Oleh kerana lokasinya yang strategik, restoran dan supermarket juga berdekatan di kiri dan kanan hotel ini.

Untuk menempah, anda boleh terus ke : My Place Hotel & Lodge

4.  The Radioman Heritage Hostel

heritage

Terletak di Wayang Street, hanya 30 meter dari Waterfront Kuching. Ianya juga berdekatan dengan Carpenter Street yang juga dikenali sebagai Chinatown Kuching.

heritage

Kesemua bilit di sini berharga RM60 ke bawah dan anda juga dikelilingi restoran di kawasan sekitar anda. Anda juga boleh berjalan ke kawasan tarikan pelancongan yang berada di sekitar The Radioman Heritage Hostel.

Untuk menempah, anda boleh terus ke : The Radioman Heritage Hostel

5. Beds Guesthouse

beds guesthouse

Beds Guesthouse terletak sebaris dengan Check In Lodge dan mempunyai rating 8.8/10 di booking.com. Mereka turut menyediakan airport transfer bagi memudahkan pelanggan mereka.

bed guesthouse

Bilik di Beds Gueshouse berharga RM65 ke bawah dan mereka juga mempunyai bilik untuk keluarga kecil.

Untuk menempah anda boleh terus ke : Beds Guesthouse 

 

12.7K Shares
Related posts
Local Attractions

3 Tempat Menarik Di Kuching - Serian Yang Perlu Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Local Attractions

Pasar Seni Jalan Haji Taha, Pasar Malam Terbaru Di Bandaraya Kuching

Local Attractions

5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan

Local Attractions

Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap