Ini Service Apartment Yang Terdapat Di Bandaraya Kuching
Bagi anda yang ingin bercuti di Kuching dengan membawa keluarga yang seramai 4 orang dan ke atas, semestinya Apartment adalah pilihan yang terbaik. Ruang yang luas disertakan juga dengan servis yang lengkap dan juga sarapan pagi, service apartment adalah sangat sesuai bagi anda yang tidak gemarkan perkara yang remeh. Dalam artikel ini, kami sertakan beberapa buah service aparment yang terdapat di sekitar Kuching.
- Citadines Uplands
Citadines terletak 15 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan berhadapan dengan Pusat Membeli Belah The Spring. Mereka menawarkan pelbagai jenis service apartment daripada studio apartment sehingga ke apartment 2 bilik
Tempat letak kereta, wifi dan internet pantas juga disediakan secara percuma untuk mereka yang menginap di sini. Kemudahan lain yang disediakan adalah gym, kolam renang, bilik sauna dan juga cafe.
Bagi anda yang ingin menginap di sini, adalah boleh menempah terus di : CITADINES UPLANDS KUCHING
2. M Hotels
M Hotels terletak di Padungan, 5 minit daripada Pusat Bandaraya Kuching. Ianya terletak berdekatan dengan iCOM Square, iaitu kawasan yang kini merupakan syurga makanan di Kuching. Anda boleh baca artikel kami mengenai iCOM Square di sini : Place To Eat in Kuching , iCom Square a food paradise in Kuching
Fasiliti yang disediakan adalah kolam renang, gym, alatan memasak dan juga wifi. Ada juga pilihan bilik merokok dan juga tidak merokok. Mereka juga mempunyai servis untuk mengambil anda terus dari lapangan terbang.
Bagi anda yang ingin menginap di sini, anda boleh tempah terus di : M HOTEL KUCHING
3. Merdeka Palace Kuching
Merdeka Palace adalah sebuah hotel yang dimiliki oleh Felda Investment Group dan merupakan hotel yang terkenal dalam kalangan warga Kuching tersendiri. Terletak di tengah tengah bandaraya Kuching, ianya merupakan hotel dengan lokasi yang sangat strategik. Muzium yang tertua di Sarawak terletak bersebelahan dengan hotel ini.
Terdapat pelbagai pilihan apartment di hotel ini, sesuai bagi anda yang seramai 4 orang ke atas. Bilik yang disediakan juga selesa dan hotel ini dilengkapi dengan kelengkapan kelengkapan asas seperti wifi, kolam renang dan sebagainya.
Merdeka Palace juga terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis restoran dan cafe. Bagi anda yang ingin menginap di sini, anda boleh menempah terus di : MERDEKA PALACE KUCHING
4. Ariva Gateway Kuching
Ariva Gateway terletak di segitiga emas Kuching. Betul betul di belakang topspot, iaitu medam makan makanan laut yang paling terkenal di Kuching. Hotel ini juga mempunyai rooftop pool.
Lokasi hotel ini sangat strategik dan anda boleh berjalan kaki ke waterfront, carpenter street dan sebagainya. Gerai makan juga sangat senang untuk didapati sekitar hotel ini.
Sekiranya anda ingin menginap di hotel ini, anda boleh tempat terus di : ARIVA GATEWAY KUCHING
Sekiranya anda ingin bercuti di Bandaraya Kuching, anda boleh semak artikel artikel kami di bawah.