fbpx
Local Attractions

Indahnya Ciptaan Ilahi, Inilah 5 Tempat Terbaik Melihat Milky Way Di Kuching

Indahnya ciptaan-Mu

Indahnya Ciptaan Ilahi, Inilah 5 Tempat Terbaik Melihat Milky Way Di Kuching. Nama Milky Way merupakan terjemahan dari bahasa Yunani, γαλαξίας κύκλος (galaxías kýklos, “milky circle”).

Indahnya Ciptaan Ilahi, Inilah 5 Tempat Terbaik Melihat Milky Way Di Kuching
Indahnya Ciptaan Ilahi, Inilah 5 Tempat Terbaik Melihat Milky Way Di Kuching

Dari Bumi, Milky Way akan terlihat seperti tumpukan cahaya yang membentang luas dengan panjang tertentu yang tentu sangat indah. Milky Way sebenarnya adalah galaksi berbentuk spiral dengan diameter 100.000 sampai 180.000 tahun cahaya.

Di sekitar Bandaraya Kuching, Serian dan Lundu kesemua tempat tersebut mempunyai tempat-tempat yang sesuai untuk melihat Milky Way.

Jika anda ingin melihat milky way, ini 5 tempat terbaik yang anda boleh cuba.

1. Palm Beach Resort, Sematan

Palm beach resort terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuching. Sekiranya anda menginap di sini dan malam itu langitnya cerah maka tidak mustahil anda akan dapat melihat milkyway yang indah di sini.

2. Kampung Sting, Padawan

Kampung ini merupakan hidden gem di Kuching. Terletak di Empangan Bengoh yang jauh benar dari hiruk pikuk bandar anda juga berpeluang menikmati milky way sekiranya bermalam di sini.


Jika anda ingin berkunjung ke kawasan ibarat Jurassic Park ini, anda boleh juga baca artikel di bawah :


3.Kampung Skuduk, Jalan Kuching-Serian

Kampung Skuduk yang terletak di Jalan Kuching-Serian ini juga merupakan satu hidden gem yang menawarkan pemandangan yang menyejukkan mata tidak kira siang atau malam.

Jika anda ingin berkunjung ke sini, anda boleh juga baca artikel di bawah :


4. Telaga Air

Telaga Air yang terkenal dengan makanan laut yang segar dan menyelerakan juga menawarkan permandangan milky way jika kena pada masanya.

Dengan perjalanan yang hanya memakan masa sekitar 30 minit dari pusat bandaraya Kuching, pastinya Telaga Air boleh jadi pilihan untuk anda.


5. Lundu

Lundu merupakan kawasan pelancongan yang sedang meningkat naik di Sarawak. Terletak 90 minit dari Kuching, Lundu sering menjadi kawasan ‘escape’ untuk hujung minggu buat penduduk bandar.


Banyak tempat tempat istimewa boleh diterokai di Lundu, kami sertakan beberapa artikel yang anda boleh rujuk sekiranya ingin berkunjung ke sini.

Selain itu, ada juga 2 tempat istimewa untuk anda yang ingin camping di Lundu! Ha, barulah real betul tak?


Macam tak percaya kan begitu banyak keindahan dan lokasi perlancongan di bumi kita sendiri? Itulah Sarawak, sebenarnya tak perlu naik pesawat ke tempat lain pun kita dah boleh dapatkan percutian sempurna di sini.

Oh ya, nak snokelling? Nah, jangan risau. Kini anda boleh jug snokelling di kawasan hidden gem lautan kita!

Artikel Berkaitan

Back to top button