fbpx
Local Attractions

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching

Kek Lapis Sarawak yang terbaik di Kuching.

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching. Siapa kata Kek Lapis Sarawak rasanya sama dan biasa-biasa saja? Mari kami tunjukkan anda kedai menjual Kek Lapis Sarawak dengan rasa sebenar.

Untuk artikel kali ini, kedai kek lapis yang kami cadangkan ini terletak di sepanjang deretan kedai Waterfront Kuching sahaja. Jadi, senang untuk anda mengunjungi kedai-kedai ini jika anda inginkan kek lapis yang betul-betul sedap dan tasty.

1. Kek Lapis Sarawak Mama Su

Pada asalnya, Kek Lapis Sarawak Mama Su ini hanya menjual kek lapis Sarawak yang dibakar segar di sebuah gerai kecil di Waterfront. Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, perniagaan kek lapis Mama Su ini akhirnya beroperasi di sebuah lot kedai dengan masih mengekalkan gerai Waterfront nya.

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Sumber : FB Kek Lapis Mama Su

Keistimewaan Kek Lapis Sarawak Mama Su ini ialah pada rasa kek lapisnya yang sangat menonjol walaupun berbeza perisa. Jika anda membeli kek berperisa coklat, pasti anda akan merasai kepingan coklat dan rasa coklat yang premium.

Begitu juga jika anda membeli perisa lain keladi, pandan dan sebagainya. Kek best sellers yang dijual di sini ialah Kek Lapis Masam Manis dan Kek Lapis India. Kalau dah dapat rating sampai 4.8 di laman Google, mustahil lah tak sedap kan?

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Sumber : FB Kek Lapis Mama Su

Satu ketul panjang sahaja tidak cukup. Kalau dah rasa kek lapis ini, pasti anda akan sentiasa rindukan Sarawak.

P/S : Kedai kek ini juga telah membuka cawangan baru di Bangi, Selangor. Wuu, best nya!

FB : Kek Lapis Sarawak Mama Su

2. Razz Cakes

Anda sukakan kek lapis yang dilapis dengan kesempurnaan? Kalau macam tu, kami cadangkan anda untuk membeli kek lapis dari Razz Cakes. Pernah tular sebelum ini dengan ciptaan kek lapis dan kek lapis gulung yang menggunakan warna-warna pastel, pastinya ia akan membuatkan anda kagum.

Disebabkan lapisan keknya yang sangat kemas dan cantik, kek lapis ini juga boleh dikatakan instagrammable dan unik!

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Sumber : FB Razz Cakes
Sumber : FB Razz Cakes

Jika anda inginkan kelainan untuk majlis pertunangan atau perkahwinan anda, kami sangat recommend Razz Cakes untuk anda jadikan sebagai hantaran. Cantik sangat!

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Sumber : FB Razz Cakes

FB : Razz Cakes

3. Kek Lapis Liza

Kek Lapis Liza pula menjual kek lapis yang premium dan bermutu tinggi. Menurut laman kedai ini di Facebook, kek yang dijual kebanyakannya adalah homemade, jadi sudah tentu rasanya juga berlainan daripada kek lapis Sarawak komersial yang dijual di kedai-kedai yang lain.

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Sumber : FB LIZA Kek Lapis – Homemade
Sumber : FB LIZA Kek Lapis – Homemade

Bukan itu sahaja, kek lapis Maria ini juga menggunakan bahan-bahan yang premium untuk pembuatan kek lapisnya. Paling penting, jenis butter yang digunakan adalah daripada pure butter yang harum semerbak. Malah, ia menjadikan tekstur kek lebih lembap dan lembut.

Kek Lapis Liza ini juga menggunakan ramuan eksklusif seperti krim keju dan Horlick dalam pembuatan keknya. Ini menjadikan kek lapis Liza berasa lebih berlemak dan berkrim. Ermm, dapnyer!

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Sumber : FB LIZA Kek Lapis – Homemade

Nak tahu macam mana rasanya? Anda kenalah datang sendiri ke kedai kek lapis ini di Jalan Bishopgate, Waterfront Kuching.

FB : LIZA Kek Lapis – Homemade

4. Kek Lapis Maria

Bagi anda yang gemarkan tekstur kek lapis yang lembap dan halus, inilah kedainya. Perisa yang paling digemari di sini ialah perisa Cappucino dan Coklat.

Kek Lapis Maria ini bukan sahaja menjual kek lapis Sarawak tetapi juga menjual pelbagai jajan ringan yang lain seperti kerepek, tebaloi dan macam-macam lagi produk lokal Sarawak.

Sumber : FB Maria kek lapis
Sumber : FB Maria kek lapis

Malah, anda juga boleh menjumpai kek lapis dalam bentuk kuih bulan di sini. Kek lapis kuih bulan ini dinamakan sebagai Snow Skin Kek Lapis Mooncake.

Bukan Biasa-Biasa, Ini 4 Kedai Kek Lapis Sarawak Yang Highly Recommended Di Kuching
Sumber : FB Maria kek lapis
Sumber : FB Maria kek lapis

Kedai nya juga tampak eksklusif dan mewah umpama kedai bakeri dengan kek yang dipamerkan dengan kemas dan tersusun.

FB : Maria kek lapis

Kebiasannya, harga sepotong panjang kek lapis Sarawak adalah sekitar RM 10. Walau bagaimanapun, jika anda inginkan kek lapis dengan rasa yang premium, kami cadangkan anda untuk membawa bajet lebih kerana sepotong panjang kek lapis boleh mencapai sehingga RM 20 dan ke atas.

Tonton juga review kami tentang kek lapis Sarawak di 3 kedai ini di sini :

Baca juga artikel lain berkaitan Kek Lapis Sarawak :

Artikel Berkaitan

Back to top button