fbpx
More

    Aiman Mall Kota Samarahan Bakal Dibuka April Ini

    Aiman Mall Kota Samarahan Bakal Dibuka April Ini

    Bagi anda yang tinggal di sekitar Kota Samarahan terutamanya Desa Ilmu, anda pasti sedar dengan kehadiran Aiman Mall yang terletak di tepi jalan besar yang menghubungkan Desa Ilmu dan UiTM Kampus 1. Aiman Mall kini hampir siap sepenuhnya dan anchor tenants mereka sudah memulakan operasi ubahsuai dan juga hampir bersedia untuk hari pembukaan. Dikhabarkan juga bahawa Aiman Mall akan dibuka secara ‘soft opening’ pada 1 April 2017 ini.

    Aiman Mall Kota Samarahan Bakal Dibuka April Ini

    Bagi warga Kota Samarahan, kehadiran Aiman Mall ini adalah pertambahan pilihan bagi mereka selepas adanya Summer Mall yang kini masih kurang meriah seperti yang dijangkakan. Saiz Aiman Mall yang ‘just nice’ sebagai pusat membeli belah komuniti juga sesuatu yang sangat sesuai bagi mereka yang hanya gemarkan pusat membeli belah yang simple.

    Menurut laporan dari Borneo Post sebelum ini, Food Court terbesar di Sarawak yang mampu memuatkan sehingga 3000 orang juga akan dibuka di Aiman Street Mall.

    Diharap juga agar sewa gerai disini nanti akan menjadi sewa gerai yang mampu milik agar ‘end user’ tidak dibebankan dengan kos sewa gerai dalam harga makanan mereka. Mun mahal gilak, bagus makan nasi abe jak nak?

    Aiman Mall Kota Samarahan Bakal Dibuka April Ini

    Menurut maklumat yang dimuat naik oleh Freddy Chong, tarikh rasmi Aiman Mall akan dibuka adalah pada 22 April 2017, dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak. Antara anchor tenants di Aiman Mall adalah Pasaraya H&L dan GSM.

    Bagi warga Kota Samarahan, jangan lupa untuk memeriahkan perasmian Aiman Mall ini nanti kerana kami pasti akan terdapat promosi promosi hangat disediakan untuk anda semasa perasmian nanti.

    Artikel Berkaitan