Local Attractions

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching

Sebagai sebuah bandaraya yang hanya mempunyai kurang dari 1 juta penduduk, Kuching tidak ketinggalan dalam memiliki beberapa buah cafe dan restoran rooftop untuk warga Kuching dan pelancong menikmati keindahan bandaraya ini.

Jika dahulu ketika Star Cineplex masih beroperasi di Medan Pelita, ianya mempunyai pemandangan Bandaraya Kuching yang sangat sangat menarik terutamanya pada malam hari.

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching

Selepas penutupan Medan Pelita, kini hanya tiga tempat yang cun untuk anda lepak sambil menikmati pemandangan Bandaraya Kuching. Tarikat terbaharu adalah rooftop di UCSI Hotel yang terletak di Isthmus ( berhampiran dengan BCCK ).

1. The Waterfront Hotel 

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching
Photo Credit : Waterfront Hotel Kuching

Bagi anda yang mahukan pengalaman makan malam yang lain daripada yang lain, anda boleh ke Waterfront Hotel Kuching. Sesuai juga untuk anda yang ingin menyambut hari jadi dan sebagainya. Lokasi Waterfront Hotel yang terletak di tengah tengah bandaraya Kuching juga menjadikan pemandangan rooftop mereka lain daripada yang lain.

p/s : Difahamkan hanya hotel guest yang dibenarkan untuk mengakses rooftop waterfront hotel ini. Anda boleh tanya mereka untuk info yang lebih lanjut.

2. Limetree Hotel Kuching

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching

Rooftop @ Limetree Hotel adalah antara rooftop cafe @ Hotel yang terawal di Kuching. Terletak di kawasan Padungan, Rooftop mereka pula terbuka untuk semua pengunjung, tidak semestinya hanya untuk mereka yang menginap di hotel tersebut.

3. UCSI Hotel, Isthmus  

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching
Photo credit : Discover Kuching

Rooftop @ UCSI Hotel  adalah rooftop yang paling baru di Kuching yang menawarkan pemandangan yang terbaik. Bagi anda yang gemarkan pemandangan senja, matahari tenggelam,Rooftop UCSI Hotel adalah tempat yang terbaik. Mereka juga mempunyai kolam renang rooftop.

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching
Photo Credit : Rian Hea ( Facebook )

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching ini adalah apa yang kami ketahui setakat ini. Sekiranya anda mempunyai maklumat lain, port lain jangan lupa untuk tinggalkan komen di ruangan di bawah.

Oh ya, sekiranya anda ingin mencari tempat tempat menarik untuk dikunjungi, anda boleh ke pautan ini : Local Attractions in Kuching

Related posts
Local Attractions

5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan

Local Attractions

Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami

Local Attractions

6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Local Attractions

Tempat Menarik Di Sekitar Siburan Yang Anda Mesti Lawat

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami