fbpx
More

    Lihat Kanak-Kanak Ini Bermain Sape’, Alat Muzik Tradisi Orang Ulu Dengan Lancar Dan Merdu!

    Orang kata lebih susah belajar main Sape’ berbanding gitar!

    Lihat Kanak-Kanak Ini Bermain Sape’, Alat Muzik Tradisi Orang Ulu Dengan Lancar Dan Merdu! Jika anda selalu mendengar instrumental yang melambangkan Sarawak, pasti anda tidak akan terlepas daripada alunan muzik Sape’ yang indah dan menenangkan.

    Alat muzik ini mempunyai corak petikan yang berlainan daripada petikan gitar biasa. Malah, bagi mereka yang sudah biasa dan profesional bermain gitar, belajar bermain sape’ diakui agak sukar dan memerlukan teknik yang berlainan.

    Bakat luar biasa kanak-kanak Sarawak

    Namun, bakat kanak-kanak ini begitu luar biasa kerana mampu bermain sape’ di usia yang sangat muda. Menerusi kiriman video Mejorrie Blantau di laman Facebook, kanak-kanak yang bernama Benz Vincent dan Giana dilihat bermain sape’ dengan alunan yang merdu ibarat pemain sape’ profesional!

    Pasangan adik beradik ini memainkan saduran (cover) instrumental Puq Ayam yang dipopularkan oleh pemain sape’ terkemuka, Hezekiah Asim.

    Our fav. song ” Puq Ayam ” ( Beloved ) Sape cover by Benz & Giana. Original song by Hezekiah.

    Posted by Mejorrie Blantau on Tuesday, July 14, 2020

    Lihat Kanak-Kanak Ini Bermain Sape', Alat Muzik Tradisi Orang Ulu Dengan Lancar Dan Merdu!
    Hezekiah Asim, pemain sape’ terkemuka.

    Puq Ayam bermaksud ‘Oh Anakku’ atau ‘Oh Sayangku’ yang biasanya digunakan oleh orang dewasa terhadap orang yang lebih muda dari mereka untuk menyatakan rasa rindu dan sayang.

    Boleh main lagu Leleng, Datun Julud

    Kedua-dua pasangan adik beradik ini merupakan anak kepada Mejorrie dan masih mengikuti pembelajaran sape’ bersama guru mereka iaitu Tutuk Terkutuk (nama Facebook).

    Selain itu, Benz juga berkebolehan bermain sape’ untuk beberapa lagu tradisional lain seperti Leleng, Datun Julud dan Lan E’.

    Leleng^^ 😄 & Datun Julud.😊 #curi2 live😎..

    Posted by Mejorrie Blantau on Friday, May 29, 2020

    Kanak-kanak ini juga dilihat pernah menjayakan beberapa persembahan bersama rakan nya yang juga pemain sape’ serta berduet bersama pemain sape’ Rainforest World Music Festival (RWMF) iaitu Elizabeth Bungan.

    Lihat Kanak-Kanak Ini Bermain Sape', Alat Muzik Tradisi Orang Ulu Dengan Lancar Dan Merdu!
    Lihat Kanak-Kanak Ini Bermain Sape’, Alat Muzik Tradisi Orang Ulu Dengan Lancar Dan Merdu!
    Sumber foto : Facebook

    Sape’, alat muzik tradisi Orang Ulu

    Untuk pengetahuan anda, Sape’ merupakan alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu terutamanya kaum Kayan dan Kenyah. Asalnya, sape’ ini hanya mempunyai 2 tali yang diperbuat daripada urat kayu Uhat Iman yang menyerupai kayu bakau.

    Kini, seiring dengan perkembangan zaman moden, sape’ terdapat dalam pelbagai versi sama ada bertali empat atau enam. Tali yang digunakan juga telah berubah menggunakan tali gitar berbanding tali dari urat kayu yang rumit dan susah untuk dihasilkan.

    Hebat kan? Semoga suatu hari nanti adik Benz serta rakan-rakannya mampu menjadi pewaris alat tradisi sape’ dan memelihara muzik sape’ daripada luput ditelan zaman.

    Baca juga artikel menarik tentang budaya Sarawak ini :

    Artikel Berkaitan