fbpx
More

    Kluster Abell, Kluster Terbaru Di Kuching Dilaporkan Hari Ini

    Dikenal pasti oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)

    Kluster Abell, Kluster Terbaru Di Kuching Dilaporkan Hari Ini. Sebuah kluster Covid-19 baru di Sarawak telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

    Menurut laporan, kluster ini digelar ‘Kluster Abell’ dan melibatkan kawasan Pending dan Padungan di Kuching.

    Kluster Abell, Kluster Terbaru Di Kuching

    Melibatkan kawasan Pending dan Padungan, Kuching

    Menurut kenyataan baru dari JPBNS, Kluster Abell dikenal pasti setelah sebanyak 13 kes didapati positif Covid-19.

    Kes indeks bagi kluster Abell dikenal pasti positif hasil saringan kendiri di sebuah makmal perubatan swasta 10 November lalu.

    Saringan kontak rapat telah mendapati sebanyak 13 kes positif dan kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

    Setakat 13 November, 12PM, seramai 70 individu telah disaring. Daripada jumlah ini, 14 didapati positif, menjadikan 10 kes baru. Manakala 43 masih menunggu keputusan serta 13 lagi didapati negatif.

    13 kes baru hari ini

    Sementara itu, dilaporkan bahawa 13 kes positif dicatatkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Sarawak 1,032 kes. Daerah Lawas telah bertukar ke status Zon Kuning manakala Daerah Limbang telah bertukar ke status Zon Hijau.

    5 kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Bah Arnah, Kluster Baki, Kluster Seladah dan Kluster Green Hill tidak melaporkan kes baru hari ini manakala Kluster Wisma Saberkas melaporkan satu kes, menjadikan jumlah 42 kes dari kluster ini termasuk kes indeks.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan