fbpx
More

    Ketahui Cara Untuk Dapatkan Habuan Lumayan Hanya Dengan Video Kucing Kesayangan Anda

    Sesuatu yang menarik untuk pencinta kucing!

    Ketahui Cara Untuk Dapatkan Habuan Lumayan Hanya Dengan Video Kucing Kesayangan Anda. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang jinak dan mesra dengan tuan nya. Malah, sifat kucing yang kadang kala nakal dan sedikit melucukan pasti menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

    Seperti yang diceritakan oleh pelawak ini tentang sebab mengapa beliau lebih menggemari kucing sebagai haiwan peliharaannya.

    Oh yeah!

    Cats vs. Dogs – Zoltan Kaszas

    Cats are better than dogs. Fight us.

    Posted by Dry Bar Comedy on Monday, July 20, 2020

    Bagi sesetengah orang, kesempatan ini digunakan untuk merakam memori indah bersama kucing kesayangan mereka.

    Tapi, tahukah anda bahawa dengan rakaman dan video kucing kesayangan anda, anda boleh mendapatkan hadiah yang lumayan?

    Ketahui Cara Untuk Dapatkan Habuan Lumayan Hanya Dengan Video Kucing Kesayangan Anda

    Sertai Funny Cats Video Competition anjuran Muzium Kucing DBKU

    Pencinta kucing boleh mencuba nasib dengan menyertai peraduan Funny Cats Video Competition yang dianjurkan oleh Muzium Kucing, Dewan Bandaraya Kuching Utara ini.

    Dengan menyertai pertandingan ini, anda boleh menzahirkan rasa sayang dan penghargaan kepada kucing anda dengan menunjukkan bakat serta kelakuan tersembunyi mereka yang boleh menceriakan hari orang ramai di luar sana.

    Ketahui Cara Untuk Dapatkan Habuan Lumayan Hanya Dengan Video Kucing Kesayangan Anda
    Ketahui Cara Untuk Dapatkan Habuan Lumayan Hanya Dengan Video Kucing Kesayangan Anda

    Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut;

    • Peserta berusia 12 tahun dan ke atas sahaja
    • Durasi video hendaklah dalam masa 5 hingga 10 minit.
    • Ceritakan kisah lucu atau kejadian yang berlaku di sebalik video yang anda hantarkan pada borang penyertaan.
    • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2020, Isnin, jam 5 petang.

    Itu sahaja, gais! Mudah sahaja!

    Jika video lucu kucing anda dipilih menjadi pemenang, anda berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 1,000, trofi, hamper serta sijil penghargaan. Tempat kedua pula bakal memenangi wang tunai berjumlah RM 800 manakala tempat ketiga bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 500.

    Jangan risau, ada 10 slot pemenang untuk peraduan ini. Mana tahu tuah anda, kan?

    Jangan lupa untuk menyertakan pautan video lucu kucing anda pada borang penyertaan yang boleh anda muat turun di pautan di bawah atau melalui kod QR pada poster pertandingan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda juga boleh menghubungi unit sekretariat seperti berikut;

    Funny Cat Video Competition 2020 Secretariat
    Cat Museum Unit, PRD Division
    DBKU Headquarters, Bukit Siol, Jalan Semariang
    Tel :-082-512200/512201 ext. 2293 /2294
    E-mail Address : catmuseum@dbku.gov.my

    Semoga berjaya!

    Lagi artikel menarik tentang kucing di sini :

    Artikel Berkaitan