fbpx
More

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan

    Keluarga Pavithra sendiri tidak pernah menyokong Pavithra selama 7 tahun Pavithra dan Sugu kahwin

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan. Bulan lepas, rakyat Malaysia dilanda kejutan apabila Sugu, suami kepada YouTuber terkenal Malaysia, Pavithra, ditahan atas tuduhan memiliki senjata berbahaya, dipercayai digunakan untuk mencederakan Pavithra.

    Yang mengeruhkan keadaan lagi, Sugu didapati dalam keadaan mabuk semasa insiden itu, dimana lelaki berkenaan memukul isterinya sehingga Pavithra mengalami kecederaan.

    Insiden terbabit mengundang kecaman dari warganet terhadap Sugu, setelah menerima laporan Sugu rasa iri hati kerana nama beliau tidak disebut oleh isterinya semasa Pavithra menerima anugerah ‘Ipoh City Icon’ beberapa hari sebelum itu.

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    Bulan lepas, Pavithra dianugerahkan ‘Ipoh City Icon’ tetapi beliau kemudian menolak anugerah tersebut. Hal ini kerana beliau berkata beliau hanya membuat video memasak dan berpendapat ia lebih adil jika beliau dan suaminya sekali diiktiraf, bukan beliau seorang sahaja.

    Susulan insiden tersebut dibawa ke Mahkamah Sesyen, Pavithra dan Sugu berputus untuk take time off media sosial, kemudian membuang video-video mereka dalam saluran YouTube mereka.

    Kini, Pavithra tampil memberi penjelasan menerusi sebuah video terbaharu menerusi saluran YouTubenya dan menjelaskan perkara yang sebenar.

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan

    “Selepas saya dah ada duit dan berjaya macam sekarang ini, diorang dah muncul-muncul dan mula pinjam duit dari suami saya,” – Pavithra

    Menurut Pavithra dalam videonya yang berdurasi 5 minit itu, beliau berkata keluarga beliau mula bermasalah kerana duit.

    “Keluarga saya tak sokong saya selama ini. Selama saya kahwin Sugu selama 7 tahun, tak pernah tolong saya, sokong saya. Selepas saya dah ada duit dan berjaya macam sekarang ini, diorang dah muncul-muncul dan mula pinjam duit dari suami saya,” katanya.

    Beliau berkata perkara itu antara faktor yang menyebabkan Sugu pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (dimana Sugu dilaporkan mabuk dan membawa sabit).

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    M Sugu ditahan bulan lepas susulan laporan beliau mencederakan isterinya.

    Mengenai hal Sugu mabuk pada masa itu, Pavithra akui Sugu bersalah kerana mabuk semasa itu tetapi menegaskan Sugu bukan seorang pemabuk.

    “Berita pasal kami bukan isu penting dalam negara kita. Dan saya pun hairan kenapa media mahu buat berita pasal kami walaupun kami tidak memberitahu kepada mereka apa-apa pasal kami tetapi mereka masih juga buat berita pasal kami,” tambahnya lagi.

    Pavithra berkata lagi, media adalah salah satu punca mereka kehilangan privasi mereka selama tiga bulan ini.

    “Selepas bulan Mei, memang media dah masuk dalam keluarga kami. Kami memang tiada masa untuk keluarga kami,” katanya.

    Beliau turut menjelaskan media telah membuat berita palsu mengenai beliau dan suaminya, Sugu, selepas kejadian tersebut.

    Media juga turut menyebabkan pasangan itu untuk tiada masa untuk bermasak dan memberi makan kepada anak-anak mereka.

    Bermohon maaf kerana video-video mereka dipadam dan menjelaskan sebab disebaliknya

    Mengenai persoalan mengapa video-video mereka dipadam dari saluran YouTube mereka, Pavithra bermohon maaf dan berjanji untuk muat naik kembali video-video tersebut.

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    Pada 25 Julai lepas, video-video dalam saluran YouTube pasangan itu dipadam. Kredit: Twitter

    Difahamkan, video-video tersebut dipadam oleh pasangan itu kerana mereka berasa sakit hati.

    “Ramai netizen sudah bersalah anggap kerana ramai tidak tahu hal sebenar dengan kejadian ini. Channel Sugu Pavithra ialah milik kami berdua, Sugu dan saya, Pavithra. Kalau Sugu tak ada, memang saya tak dapat buat video sendiri,” jelasnya.

    Pavithra turut mendedahkan selama ini suaminya yang tolong rakam untuk beliau, suaminya juga yang membantu untuk sediakan bahan-bahan masak, dan menjaga anak-anak mereka.

    “Selama ini, Sugu yang sokongkan saya. Dan jika Sugu tiada, saya memang tidak akan buat video di YouTube,” tambah Pavithra lagi.

    Beliau mengakhiri videonya dengan mengucap terima kasih kepada subscribers mereka yang sentiasa sokong mereka.

    “Saya harap keluarga kami akan bertambah baik dan siapa pun tidak boleh pisahkan keluarga kami. Keluarga kami ialah Sugu, Pavithra dan kedua-dua anak kami. Kami berharap kami akan sentiasa bersama dan berharap yang lebih baik dari sebelum ini,” katanya dalam akhir video.

    Penjelasan Pavithra mendapat sokongan daripada warganet

    Rata-rata netizen menerima penjelasan Pavithra dan menghulurkan sokongan mereka terhadap pasangan itu.

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    Kredit: YouTube

    “Kesilapan media ialah mereka mengandaikan cerita tanpa mengetahui senario sebenar. Sekurang-kurangnya media bertunggu untuk bertemu bual atau sebuah video dari Pavithra yang menjelaskan keadaan seperti video ini. Tetapi itu lah media! Orang ramai mula menyerbu rumah beliau untuk motif disebalik batu tanpa berfikir dua kali rumah tersebut bukan restoran atau rumah buka. Ia rumah keluarga. Kita perlu hormati privasi mereka,” – netizen

    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    Kredit: YouTube
    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    Kredit: YouTube
    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    Kredit: YouTube
    Keluarga Sendiri Sering Pinjam Duit Dari Sugu, Pavithra Tampil Beri Penjelasan
    Kredit: YouTube

    Anda boleh lihat video penuhnya dibawah:

    Apakah pendapat anda? Kongsikan komen anda di ruangan komen dan jangan lupa share artikel ini!

    Sebelum ini, Sugu didakwa di mahkamah atas memiliki senjata berbahaya

    Artikel Berkaitan