fbpx
More

    Jejambat Batu 4 ½ Dari Serian Menuju Ke Kuching Kini Telah Dibuka

    Hal ini boleh mengurangkan lagi masalah kesesakan trafik dilaluan itu.

    Jejambat Batu 4 ½ Dari Serian Menuju Ke Kuching Kini Telah Dibuka. Akhirnya pengguna jalan raya dari Serian ke Kuching kini bakal menarik nafas lega apabila jejambat (flyover) batu 4 ½ dari Serian menuju ke Kuching dijangka akan dibuka kepada orang awam pada minggu ini seterusnya mengurangkan lagi masalah kesesakan trafik dilaluan berkenaan.

    Pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak akan membuka laluan dari Serian ke Kuching di atas jejambat tersebut dan ini sudah tentu membantu mengurangkan kesesakan trafik yang disebabkan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo”, kata YB Lo Khere Chiang, Ahli Dewan Undangan Negeri N.13 Batu Kitang.

    Selamat pagi flyover batu 4.5 sudah open utk public.. moga2 semua berjalan dengan selamat👍

    Posted by Leonel Blay on Tuesday, March 9, 2021
    Jejambat Batu 4 ½ Dari Serian Menuju Ke Kuching Kini Telah Dibuka
    Jejambat Batu 4 ½ Dari Serian Menuju Ke Kuching Kini Telah Dibuka

    Orang awam telah menyaksikan jejambat baharu itu dibuka

    Semalam, orang awam telah menyaksikan jejambat baharu itu dibuka kepada orang ramai.

    Oleh kerana kesesakan yang sering berlaku di sepanjang jalan tersebut, jejambat ini akan mengurangkan lagi masalah kesesakan trafik di sini.

    Namun begitu, Jabatan Kerja Raya Sarawak turut menyatakan bahawa pihak kontraktor masih lagi giat melakukan sedikit sahaja lagi kerja-kerja pembinaan di jejambat tersebut.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan