fbpx
More

    Ini Adalah 4 Bundle Mesra Bajet Di Kuching Anda Boleh Kunjungi

    You don’t need to break the bank to look stylish

    Ini Adalah 5 Bundle Mesra Bajet Di Kuching Anda Boleh Kunjungi. Bagi mereka yang ingin bergaya tanpa mengeluarkan modal besar, kedai bundle adalah destinasi wajib untuk mencari pakaian yang cantik dan harga berpatutan.

    Di Kuching, terdapat pelbagai kedai bundle untuk dipilih dan masing-masing menawarkan pelbagai jenis pakaian dan barangan terpakai serta baru, kesemuanya harga mampu milik! Berikut adalah 4 kedai bundle anda harus kunjungi untuk mencuba nasib mencari barang best. Mana tahu, anda akan bertuah kerana dapat jumpa barang baik!

    Ini Adalah 4 Bundle Mesra Bajet Di Kuching Anda Boleh Kunjungi

    N/S Bundle Kuching

    Kedai bundle ini specialises dalam menjual dan membekal kasut dari semua jenis jenama. Jika anda penggemar kasut, ini adalah kedai bundle yang mesti anda β€˜selam’!

    Berikut adalah beberapa kasut berjenama yang sedang dijual:

    Kredit: N/S Bundle Kuching

    Kadang-kadang, mereka akan membuat Facebook Live dan penonton boleh bertanya serta lock kasut yang ditawarkan semasa siaran Live tersebut.

    Untuk lihat lagi koleksi dan di mana lokasi kedai bundle ini, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka iaitu N/S Bundle Kuching.

    Green Bundle Trading

    Kedai bundle ini menawarkan pelbagai jenis barang, dari pakaian hingga kasut! Beg dan seluar hiking, baju panas, bahkan beg mewah juga ditawarkan!

    πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰Grand opening πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ Grand bundle trading πŸ“ 2 January 2021 Hari sabtu jam 11am pagi . Attention bos ada gift . 🎁🎁🎁kami menyediakan πŸ“Œ50kejutan buat pembelian rm150 keatas πŸ“Œ50kejutan pembelian rm50 keatas Siapa cepat dia dapat. Location πŸ‘‡πŸΏπŸ‘‡πŸΏπŸ‘‡πŸΏ https://maps.google.com/?q=1.436656,110.328285

    Posted by Green Bundle on Friday, January 1, 2021

    Menurut laman rasmi Facebook mereka, terdapat lebih dari 7 cawangan Green Bundle di Kuching. Antaranya terletak di Pending, Moyan, Matang Jaya, Demak Laut, Batu 10 dan sebagainya – kesemuanya menawarkan pelbagai jenis barang berjenama, malah ada juga diimport dari Amerika Syarikat!

    Kredit: Green Bundle

    Layari Green Bundle untuk cari cawangan terdekat anda. If you’re up for the challenge, cuba anda melawat kesemua cawangan yang ada di Kuching! You’ll never know apa anda akan terjumpa di mana-mana cawangan mereka! Mungkin beg berjenama seperti LV, Gucci, atau sepasang kasut Adidas limited edition.

    By the way, contoh barang yang dinyatakan di atas memang dijual di setiap cawangan Green Bundle – cuma perlu pandai cari sahaja, jadi cuba lah nasib anda!

    Kredit: Green Bundle

    Masa operasi adalah dari 9:30AM – 9:30PM setiap hari.

    Neko Bundle

    Sama seperti Green Bundle, Neko Bundle mempunyai beberapa cawangan di Kuching. Setakat ini, terdapat 4 cawangan yang diketahui iaitu di Nihon Neko Store, Sakura Neko Store, Kokina Neko Store dan Kireina Neko Store.

    Dari nama pun sudah tahu bahawa barang-barang yang dijual semua dari Jepun. Selain baju, mereka juga menawarkan seramik, perabot dan alat-alat dapur!

    Kredit: Kokina Neko Store
    Kredit: Kireina Neko Store

    Layari β€˜Neko Bundle’ dalam Facebook untuk cari cawangan terdekat anda.

    Masa operasi adalah dari 9:30AM – 6:30PM setiap hari.

    Akim Bundle

    Terletak di Bandar Baru Semeriang, kedai bundle ini menawarkan pelbagai jenis baju bercetak. Sekiranya anda penggemar baju bercetak, anda harus berkunjung ke kedai bundle ini!

    Kredit: Akim Bundle

    Selain baju bercetak, anda boleh melihat-lihat barang lain di dalam kedai seperti beg dan kasut.

    Kredit: Akim Bundle

    Layari Akim Bundle untuk melihat lagi item mereka! Kadang-kadang, mereka akan membuat Facebook Live untuk mempromosikan item dan penonton dapat lock item yang menarik!

    Masa operasi adalah dari 10AM – 7PM dari Selasa hingga Ahad (Isnin tutup).

    Tunggu apa lagi?

    Tak semestinya perlu keluarkan duit banyak demi nak bergaya. Bergayalah dengan bijak, asalkan pandai bercari kata orang. Happy shopping!

    Yang penting, jangan lupa untuk mematuhi SOP (berjaga jarak sosial, bersihkan tangan dan menggunakan pelitup muka) semasa membeli belah, ok?

    treat yo self GIF
    Kredit: Giphy

    Sudah pergi ke kedai-kedai bundle di atas? Cuba pulak yang berikut:

    Minat bertanam?

    Artikel Berkaitan