4 bakeri ini sememangnya kegemaran orang sarawak dan anda mesti cuba.
Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching. Sarawak mungkin susah nak cari roti gardenia, tetapi di sini kita juga ada roti dan pastri yang dibuat oleh bakeri padu dan anda patutlah cuba sekarang jika anda belum cuba. Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan?


1. Taka Cake House
Taka cake house ini tidak asing lagi bagi orang di Kuching kerana mereka menyajikan roti, pasti yang segar dan sedap menjadikan ianya kegemaran rakyat Sarawak.
Kini mereka mempunyai sebanyak 14 cawangan di Sarawak dan menu pastrinya yang pelbagai pasti akan membuat anda jatuh cinta dengan bakeri ini.


2. Mita Cake House
Mita Cake House ini tidak asing lagi khususnya buat orang Sarawak. Semua roti, pastri yang mereka hasilkan adalah fresh from the oven. Mita cake house ini juga amat terkenal dengan buttermilk bread mereka yang amat disukai oleh penduduk tempatan.
Mita Cake House juga sudah mempunyai beberapa cawangan di Sarawak kerana mereka memang terbaik.


3. All Joy
Siapa yang tidak tahu Milo bun All Joy yang semestinya menjadi kegemaran orang tempatan di sini. Roti mereka yang juga dibuat segar setiap hari dan harganya yang amat berpatutan membuat ramai yang jatuh cinta dengan All Joy bakeri ini.
Bagi yang belum lagi pernah merasa roti All Joy ini, anda mesti cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.


4. Breadsman
Breadsman ini juga adalah salah satu bakeri yang menyediakan roti yang segar dari ketuhar dengan menggunakan bahan yang dipilih khas oleh pembuat roti mereka.
Pelbagai aneka roti, pastri dan kek yang menarik yang anda boleh dapati di bakeri ini seterusnya membuat Breadsman ini menjadi pilhan orang ramai.