fbpx
More

    Ini 5 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Ini 5 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Barangan bundle adalah barangan preloved yang dijual dengan harga yang sangat murah. Kebiasaannya barangan bundle ini dibawa terus dari luar negara seperti dari Jepun, Amerika Syarikat dan juga Eropah. Bagi penggemar barangan bundle, mereka kebiasaannya akan menghabiskan masa yang lama di kedai bundle bagi memilih barangan yang mereka rasakan sesuai dan berbaloi bagi mereka. Walaupun barangan bundle ini baru, dan tak ada bau kedai, namun jika anda pandai memilih anda akan dapat barangan yang sangat berkualiti, berjenama dengan harga yang sangat murah!

    Ini 4 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Bagi anda yang masih mencari port barangan bundle di Bandaraya Kuching, Ini 5 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching yang anda boleh lawati.

    1. STAR Bundle

    Ini 4 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Lokasi STAR Bundle adalah seperti dibawah :

    2. AKIM Bundle

    akim bundle

    Akim Bundle terletak di Bandar Baru Semariang, kami gagal mengesan Google Maps untuk Akim Bundle ini, tapi anda boleh rujuk lebih lanjut di laman Facebook mereka : AKIM BUNDLE Kuching

    Ini 4 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Akim Bundle sememangnya sudah terkenal dalam kalangan peminat bundle di Kuching dan mereka menawarkan barangan bundle dengan harga yang sangat murah.

    3. Sepakat Bundle 

    Ini 4 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Sepakat Bundle menjalankan operasi mereka di Uptown Giant Semariang. Dikhabarkan mereka juga mempunyai operasi di uptown uptown yang lain di sekitar bandaraya Kuching.

    Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman facebook mereka : Sepakat Bundle 

    4. Green Bundle Trading @ Matang

    green bundle

    Green Bundle Trading ini tidak asing bagi peminat bundle terutamanya yang gemar mencari kasut dan jaket. Namun berdasarkan pemerhatian, harga di sini agak mahal namun barangan yang disediakan lebih teratur dan juga sangat berkualiti.

    Lokasi mereka adalah seperti di bawah :

    5. Fui Fa Bundle

    Ini 5 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Fui Fa Bundle mempunyai 2 cawangan iaitu di Taman Malihah dan juga Bandar Baru Semariang. Saiz kedai yang besar memberi anda banyak pilihan barangan bundle dan juga selesa bagi anda meluangkan masa ‘mengorek’ khazanah barangan bundle yang menepati cita rasa anda.

    Ini 5 Port Barang Bundle di Bandaraya Kuching

    Bagi anda yang ingin ke Fui Fa Bundle Cawangan Taman Malihah, ini adalah lokasi mereka :

    p/s : Adakah anda pemilik perniagaan F&B? Jangan lupa artikel kami di sini : Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma

    Artikel Berkaitan