fbpx
More

    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menanti

    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menanti

    Adakah anda sudah memiliki perniagaan berusia 6 bulan ke atas, tetapi belum beroperasi melebihi 2 tahun? Jika ya dan anda ingin mengembangkan perniagaan anda, TEGAS kini membuka permohonan untuk anda menyertai program TEGAS STARTUP LAB.

    Jadi, apa benda TEGAS STARTUP LAB?

    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menanti

    TEGAS Startup Lab adalah program inkubasi selama setahun yang bertujuan untuk menyediakan usahawan tempatan Sarawak dengan ilmu dan pengetahuan yang mencukupi untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan mereka selari dengan blueprint ekonomi digital Sarawak.

    Apa yang anda akan perolehi sekiranya anda diterima masuk ke TEGAS Startup Lab ini?

    1.. Business Coaching, Mentoring & Facilitation selama 1 tahun bermula dari May 2019 sehingga ke May 2020.

    2. Perkongsian dari pakar pakar industri

    3. Akses kepada fasiliti Hub Inovasi SMA-TEGAS dan juga akses kepada ekosistem Digital Village

    4. Peluang untuk menyertai International Conference & Trade Fairs

    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menanti

    Apa yang ktk orang akan pelajari selama structured program setahun tok? Banyak, banyak gilak. Dari mengendalikan kewangan syarikat sehingga ke strategi pemasaran, semuanya akan dipelajari ktk orang.

    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menanti

    Jika anda ingin tahu bagaimana mencari dana perniagaan, program tok pun akan cover topik fundraising for startups. Semestinya apabila syarikat berkembang, dana tambahan amatlah penting

    Jadi, siapa yang layak memohon untuk memasuki TEGAS Startup Lab ini?

    1. 51% pegangan syarikat anda hendaklah dimiliki rakyat Sarawak.
    2. Syarikat yang berpengkalan di Sarawak, dan berada dalam sektor fokus ekonomi digital Sarawak.
    3. Sudah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan, dan tidak melebihi 2 tahun.
    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menanti

    Sebanyak 12 orang dari industri yang berkaitan dan juga sektor awam juga akan membantu anda sepanjang program yang diadakan selama 1 tahun ini. Alumni TEGAS Startup Lab Cohort 1 juga turut serta menjadi mentor untuk program kali ini.

    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menanti

    Rakan Strategik Untuk TEGAS Startup Lab 2019 adalah seperti berikut :

    Jika anda masih berkira kira untuk memohon program ini, anda boleh baca testimoni alumni cohort 1 mereka, iaitu Pengasas Bersama The Tuyang Initiative, Juvita T.Wan.

    Ingin Kembangkan Perniagaan Anda? TEGAS Startup Lab menant

    Lebih menarik lagi, jika anda terpilih untuk memasuki TEGAS Startup Lab, tiada kos dikenakan kepada anda. Anda hanya perlu komited untuk mengembangkan perniagaan anda dan pada yang sama, sudi untuk meluangkan masa untuk menimba lebih ilmu semasa program ini.

    Jika anda ingin memohon, anda boleh terus ke menekan butang di bawah :

    Artikel Berkaitan