Cantik dan inovatif!
Guna Tikar Bemban Iban Buat Gaun, Idea Kreatif Pereka Muda Ini Curi Perhatian. Tikar bemban merupakan sejenis anyaman tradisional yang menjadi identiti masyarakat Iban. Ia diperbuat daripada pokok bemban dan selalunya mempunyai motif flora dan kadang kala berwarna berwarni.
Namun, seorang pereka yang merupakan pelajar di sebuah universiti awam di Sarawak telah mencuri perhatian ramai apabila beliau mencipta gaun menggunakan tikar bemban.

Angkat seni anyaman Iban dalam rekaan gaun moden
Bok Yi Lun atau dikenali dengan nama Ah Bok di laman Facebook menghasilkan inovasi rekaan fesyen dengan memilih tradisi anyaman Iban, tikar bemban sebagai bahan eksperimennya.
Happy Sarawak Day Weaving has become an identity of material culture for certain ethnicity. For instance, Bemban…
Posted by Ah Bok on Wednesday, July 22, 2020
Dalam kiriman beliau juga, penghasilan gaun yang unik itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada keperluan untuk tesis dan projek tahun akhirnya dalam jurusan teknologi seni reka.
Tikar bemban yang sinonim sebagai hamparan di beranda rumah panjang atau ‘ruai’ itu ditransformasikan menjadi beberapa rekaan menawan gaun kontemporari.
Tikar bemban senang dibersihkan berbanding rotan dan buluh

Sumber : Facebook
Bok memilih tikar bemban kerana sifatnya yang kalis air. Tambahnya lagi, bemban lebih mudah dibersihkan berbanding buluh atau pun rotan.
Bijak idea tu!

Walau bagaimanapun, bagi mencapai tahap rekaan tersebut, beliau harus membuat banyak percubaan kerana sifat tikar bemban yang keras dan sukar dijahit.
Pilih tikar bemban untuk wujudkan kesedaran tradisi anyaman Iban
Jika diperhatikan, salah satu gaun tikar bemban yang dihasilkan oleh Ah Bok ini mempunyai elemen kemasan fusion Jepun.

Jelasnya lagi, kajian serta ekperimentasi menggunakan tikar bemban itu sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan identiti tikar bemban.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat memberi ilham kepada artis lokal untuk mencipta inovasi melalui seni budaya masyarakat setempat.
Siapa sangka tikar bemban boleh jadi sangat ‘stunning’!
Walau pun tidak berpeluang untuk memanggil model dan memperagakan koleksi tersebut dalam pertunjukan atau pameran akibat pandemik yang melanda, Bok berharap agar suatu hari kelak beliau dapat membuat penampilan koleksinya sendiri.
Gaun tikar bemban ini juga boleh ditempah dan akan dibuat khas untuk anda. Jika anda berminat untuk menggayakan gaun ini dan tampil lain daripada yang lain, anda boleh menghubungi pereka muda ini di laman Facebook beliau.
Selamat maju jaya buat Ah Bok!