Sungguh ‘ignorance’.
Gelar Bahasa Iban Sebagai Bahasa Orang Utan, Netizen Kecam Lelaki Biadap Ini. Apakah perasaan anda jika bahasa anda digelar dengan gelaran yang keterlaluan? Pasti anda merasa terhina dan tersinggung, kan?
Seorang lelaki telah menimbulkan kemarahan netizen apabila bertindak menggelar bahasa sebuah kaum di Sarawak sebagai ‘bahasa orang utan’.
Walau pun perbualan asalnya bukanlah mengenai bahasa tersebut, namun tindakan tersebut telah menyinggung perasaan netizen dengan sikap tidak peduli dan rasis lelaki tersebut.

Bermula dengan ciapan merendah-rendahkan bidang TESL
Lelaki yang menggunakan nama @mohdamirin_ di laman Twitter itu mengulang kicau ciapan seorang gadis yang mengutuk tindakannya merendah-rendahkan bidang pengajian Bahasa Inggeris TESL sebagai bahasa kedua (TESL) di universiti.
Gadis tersebut mengutuk perbuatan Amirin dalam Bahasa Iban namun dibalas dengan ciapan berbunyi “Saya tidak faham bahasa orang utan”.
saya tak faham bahasa orang utan https://t.co/4NnHicDbIO
— 𝙈𝙞𝙧𝙞𝙣 (@mohdamirin_) August 10, 2020
oi paloi anang sampai ku gelam mua dik https://t.co/g9swyHreZd
— •𝖑𝖔𝖚𝖎𝖘𝖎𝖆𝖓𝖆• (@krstnlj) August 10, 2020
Ciapan asal lelaki tersebut bermula dengan ciapan yang merendah-rendahkan usaha seorang individu lain dengan mengatakan bidang tersebut sebagai bidang yang mudah dan keputusan yang cemerlang boleh diraih tanpa perlu belajar.
kalau amik tesl tak payah belajar pun boleh dapat 4.0 halamek budak ni https://t.co/6WMQxMnqxg
— 𝙈𝙞𝙧𝙞𝙣 (@mohdamirin_) August 10, 2020
Nampak sangat rasis..
Perbuatan tersebut sudah tentu menggambarkan sikap lelaki ini yang hidup dalam dunia sendiri dan mementingkan diri sendiri. Lebih mendukacitakan, ia menunjukkan sikap perkauman yang ketara sedangkan rakyat Malaysia telah hidup bersatu dengan pelbagai kaum sejak berpuluh tahun yang lalu.
Ciapan biadap lelaki tersebut tidak dibiarkan begitu sahaja oleh netizen. Dalam ciapan balas serta ulang kicau, kebanyakan netizen mengecam tindakan lelaki tersebut.
Muka cun tapi tulah bodoh bercakap tidak menggunakan akal, bodoh tu simpan jangan tunjuk sangat,kenapa nak kena downgrade kan bahasa orang? Dan kau panggil diri kau “influencer”? Maaf kau tak layak,
— 𝒇𝒊𝒍𝒍𝒆 (@Fllscia1) August 11, 2020
Kutuk tesl tapi bahasa manusia ngan bahasa orang utan pun tak reti beza https://t.co/VFmbdNVxZm
— CatMan🐾 (@Aniqygmnanie) August 12, 2020
When will the majority race learning to start to respect the indigenous peoples in this country.
— 🐰Tijan™🐶 (@tijanishere) August 11, 2020
When will you stop calling the names of the tribes as “joke” and being insensitive about it?
And no, our languages ARE NOT “bahasa orang utan”.
And yes, I’m calling YOU out.
dh laa dia body shame orang n x tau nk respect women properly. in fact dia panggil a language nih “bahasa orng utan”.
— Ad ♡ (@nuradreena13) August 11, 2020
Lepastu dia ada tweet “saya tak faham bahasa orang utan” dekat someone yg guna dialek/bahasa Sarawak i think.
— -🌻- (@SayaFaten) August 11, 2020
Dude, you are so rude
Gelar dirinya sebagai ‘Your Favourite Influencer’
Namun demikian, perkara yang melucukan ialah lelaki ini menggelarkan dirinya sebagai ‘Your Favourite Influencer’. Adakah lelaki ini ingin menjadi seseorang yang berpengaruh untuk menghasut netizen menjadi rasis dan sombong seperti beliau?

Errk. Nahhh.

Sebagai rakyat Malaysia, anda seharusnya memahami bahawa kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Oleh yang demikian, sikap saling bertolak ansur dan menghormati budaya serta sensitiviti perlu menjadi sebahagian daripada amalan hidup.
Jangan kerana mulut, badan binasa.