fbpx
More

    Gara-gara Kesuntukan Wang, Dua Wanita Didenda Jual Telur Penyu Semasa PKP Di Kuching

    Terpaksa jual telur penyu kerana kesuntukan wang

    Gara-gara Kesuntukan Wang, Dua Wanita Didenda Jual Telur Penyu Semasa PKP Di Kuching. Hari ini dilaporkan dua wanita didenda RM5,000 setiap seorang atas kesalahan menjual telur penyu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

    Walaupun memberi alasan mereka kesuntukan wang pada tempoh tersebut, ia tidak melepaskan mereka daripada didenda oleh Mahkamah Sesyen.

    Gara-gara Kesuntukan Wang, Dua Wanita Didenda Jual Telur Penyu Semasa PKP Di Kuching
    Gara-gara Kesuntukan Wang, Dua Wanita Didenda Jual Telur Penyu Semasa PKP Di Kuching

    Memiliki telur penyu tanpa izin dari Pengawal Kehidupan Liar

    Menurut laporan terbabit, kedua-dua wanita itu memiliki sebanyak 240 biji telur penyu tanpa izin dari Pengawal Kehidupan Liar.

    Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 3 Jun lalu sekitar jam 4:19PM di hadapan sebuah sekolah kebangsaan terletak di Petra Jaya, Kuching.

    Sebuah serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) di tempat kejadian dan menahan kedua-dua wanita itu, disyaki memiliki sejumlah telur penyu tanpa izin dari Pengawal Kehidupan Liar.

    Dilaporkan telur penyu yang dimiliki oleh mereka dari keluarga Cheloniidae, yang dilindungi dan disenaraikan di bawah Bahagian 1 Jadual 1 di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar.

    Penyu dari cheloniidae.

    Merupakan ipar dan tinggal serumah

    Kedua-dua tertuduh berkata ketika di mahkamah bahawa mereka merupakan ipar dan tinggal serumah. Mereka juga merayu agar tidak dikenakan hukuman atau denda yang berat akibat mengalami serba kekurangan dan perlu menyara keluarga.

    “Saya dan kakak ipar saya terpaksa menjual telur penyu kerana ia merupakan sumber pendapatan utama kami semasa PKP. Saya ada 4 orang anak untuk ditanggung dan perlu menyara ibu bapa yang uzur,” kata salah seorang wanita tersebut,

    Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Voon Yan Sin memohon agar kedua-duanya dikenakan berbentuk pencegahan serta pengajaran agar orang lain tidak melakukan kesalahan yang sama.

    Mereka mengaku salah bersalah mengikut Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan dihukum di bawah Seksyen 29(1)(c) akta yang sama dan dilaporkan tidak membayar denda itu.

    Kedua-dua wanita terbabit tidak diwakili peguam dan diarahkan ke penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda yang dijatuhkan.

    Baca Juga Artikel Lain:

    Artikel Berkaitan