fbpx
More

    Cuba Menggali Batu Emas, 3 Lelaki Terperangkap Dalam Gua Di Gunung Tabai

    Operasi menyelamat sedang dibuat

    Cuba Menggali Emas, 3 Lelaki Terperangkap Dalam Gua Di Gunung Tabai. Dilaporkan bahawa tiga lelaki dilaporkan terperangkap di dalam gua Gunung Tabai, Bau apabila mereka dipercayai cuba melakukan penggalian batu emas di sana.

    Cuba Menggali Batu Emas, 3 Lelaki Terperangkap Dalam Gua Di Gunung Tabai

    Dua terperangkap, seorang tertimbus

    Menurut laporan, Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (Bomba) menerima maklumat mengenai mangsa-mangsa yang terperangkap pada pukul 10:45AM.

    Difahamkan salah seorang lelaki tertimbus manakala dua lagi masih terperangkap di dalam lubang gua berkenaan.

    Gua tersebut adalah kawasan larangan.

    Kredit: Facebook

    Hanya seorang sahaja dikenal pasti setakat ini

    Hanya salah seorang mangsa telah dikenal pasti, dikenali sebagai Mat Tapa berusia 25 tahun.

    Mulai pukul 11:20AM, komandan operasi melaporkan bahawa pasukan operasi melihat tangan di dalam lubang dan operasi menyelamat sedang berlangsung.

    Pada masa penulisan, operasi menyelamat masih dilakukan dengan kerjasama penduduk kampung.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan